Mangsa banjir di Sabah terus meningkat petang ini

KOTA KINABALU, 2 Julai: Jumlah mangsa banjir di Sabah terus meningkat kepada 481 orang daripada 147 keluarga petang ini di empat pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 464 mangsa daripada 140 keluarga pagi tadi.