Search
Close this search box.
Jumlah mangsa banjir di Sabah terus meningkat kepada 481 orang daripada 147 keluarga petang ini di empat pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 464 mangsa daripada 140 keluarga pagi tadi. Foto Media sosial

Mangsa banjir di Sabah terus meningkat petang ini

ByBernama

KOTA KINABALU, 2 Julai: Jumlah mangsa banjir di Sabah terus meningkat kepada 481 orang daripada 147 keluarga petang ini di empat pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 464 mangsa daripada 140 keluarga pagi tadi.

Mangsa banjir di Sabah meningkat, lebih 400 orang berada di PPS

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan PPS Dewan Kebudayaan Penampang menunjukkan peningkatan jumlah mangsa iaitu 296 orang daripada 97 keluarga berbanding 279 orang daripada 93 keluarga pada pagi.

“Jumlah mangsa di Dewan Sri Putatan pula kekal 138 orang namun jumlah keluarga meningkat kepada 37 keluarga berbanding 34 keluarga kerana Jabatan Kebajikan Am Daerah Putatan memecahkan kiraan jumlah keluarga yang tinggal dalam sebuah rumah,” menurut kenyataan itu.

Dewan Rakyat: Banjir, aset kerajaan segera digerakkan ke Sabah – TPM Fadillah

Menurut kenyataan itu, jumlah mangsa di dua PPS di Tuaran juga kekal iaitu 29 orang daripada lapan keluarga berada di PPS Dewan Balai Raya Kampung Tutu Selupoh dan 18 orang daripada lima keluarga ditempatkan di PPS Dewan Balai Raya Kampung Bontoi, Tamparuli. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan