Mangsa banjir di Sabah meningkat, lebih 400 orang berada di PPS


KOTA KINABALU, 2 Julai: Jumlah mangsa banjir di Sabah setakat pagi ini meningkat kepada 464 orang daripada 140 keluarga yang berada di empat pusat pemindahan sementara (PPS), berbanding 328 orang daripada 105 keluarga semalam.