Search
Close this search box.
Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata ketika ini Sarawak hanya mampu memenuhi keperluan beras sebanyak 32 peratus.

Lembaga Padi Sarawak terajui misi 60 peratus SSL padi menjelang 2030

ByAmirah Shawel

KUCHING, 30 Jun: Lembaga Padi dan Beras Sarawak diberikan amanah untuk menerajui misi kerajaan negeri dalam meningkatkan Tahap Sara Diri (SSL) beras kepada 60 peratus menjelang 2030 bagi menangani agenda keterjaminan makanan.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata ketika ini, Sarawak hanya mampu memenuhi keperluan beras sebanyak 32 peratus.

“Beras adalah makanan ruji kita dan kini peratusan keperluan yang mampu dipenuhi hanya 32 peratus, manakala selebihnya, 68 peratus kita perlu import. Di bawah Pelan Pembangunan Pasca COVID-19 (PDCS) 2030, kita ingin menggandakan SSL yang kita ada sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi rancangan temu bual terbitan TVS, Dialog TVS: Memantapkan Pertanian, Memperkasa Komuniti.

Menurutnya, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg kini memberikan penekanan terhadap kajian dan penyelidikan (R&D) industri padi di Sarawak bagi mengatasi isu keterjaminan makanan, selain meningkatkan pendapatan ketua isi rumah (KIR) di kawasan luar bandar.

Rundi berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dan universiti-universiti tempatan dalam penghasilan baka padi yang berkualiti.

“Kita mahu menghasilkan padi dua setengah musim padi dalam tempoh setahun. Kalau kita dapat laksana lima musim untuk dua tahun, pendapatan akan meningkat.

“Maknanya, kita mampu memberikan pendapatan untuk seisi keluarga yang tinggal di luar bandar sekurang-kurangnya RM6,000 sebulan,” ujarnya.

Pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak Mei lalu, beliau berkata berkata Sarawak perlu membangunkan 17,500 hektar kawasan baharu yang dilengkapi infrastruktur tertier bagi mencapai 100 peratus SSL beras negeri menjelang 2030.

Menurutnya, kawasan baharu itu akan membolehkan Sarawak menghasilkan sekitar 392,000 tan metrik padi bersamaan 235,000 tan metrik beras menjelang 2030. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan