Search
Close this search box.
Kementerian Pendidikan (KPM) akan bergerak secara agresif bersama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi menyelaraskan dengan segera, sekali gus memastikan  penempatan semua pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam program Matrikulasi. Foto hiasan Envato

KPM, KPT selaras penempatan matrikulasi pelajar cemerlang, rayuan dibuka – Fadhlina

ByBernama

PARIT BUNTAR, 2 Julai: Kementerian Pendidikan (KPM) akan bergerak secara agresif bersama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi menyelaraskan dengan segera, sekali gus memastikan  penempatan semua pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam program Matrikulasi.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata kerajaan telah membuka peluang untuk rayuan pelajar ke Matrikulasi dalam usaha memberikan ruang pendidikan kepada semua pihak, selain mempertimbangkan semua pelajar cemerlang mendapat penempatan.

“Semua pelajar cemerlang kita akan tangani penempatan mereka di Matrikulasi dengan kerjasama daripada KPT. Jadi kita bergerak bersama dengan KPT secara agresif dan komprehensif serta mengambil semua pendekatan untuk memastikan semua pelajar cemerlang mendapat tempat. Insya-Allah.

“Semalam kita telahpun menerima kemasukan pelajar di peringkat Matrikulasi dan pada 5 Julai ini, kita akan terima pelajar peringkat rayuan dan seterusnya kita akan lihat selepas kita membuat penyelarasan dengan KPT, semua tempat ini akan diisi dengan segera,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Program Antibuli Peringkat Daerah Kerian 2024 di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Parit Buntar di sini hari ini.

Fadhlina berkata sistem KPM mempunyai maklumat semua pelajar cemerlang SPM dan penyelarasan penempatan Matrikulasi bagi mereka yang memohon akan dilakukan dengan segera.

“Jadi jangan risau, sudah ada dalam sistem kita yang sekarang dan ini yang kita nak buat penyelarasan berkaitan dengan penempatan yang akan kita selaraskan dengan segera,” katanya.

Ahad lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa kerajaan memberi jaminan semua lepasan SPM yang mendapat keputusan 10A ke atas tanpa mengira kaum dan wilayah akan ditawarkan peluang melanjutkan pengajian di peringkat matrikulasi, bermula tahun ini.

Perdana Menteri berkata keputusan yang dipersetujui Jemaah Menteri pada mesyuarat Jumaat lepas itu tidak akan mengganggu kuota pelajar bumiputera sedia ada. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan