Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas menyaksikan majlis menandatangani perjajian bersama antara Dewan Perniagaan Dayak (DCCI) Sarawak dan Dewan Perniagaan Kadazan Dusun (KCCI) Sabah, di Kuching. Foto Alex Teo

Kontraktor di Sarawak disaran dapatkan lesen kelas tinggi

ByConnie Grace

KUCHING, 2 Julai: Kontraktor Bumiputera di negeri ini disarankan memiliki lesen kelas yang tinggi bagi memberi peluang kepada mereka mendapatkan projek yang bernilai tinggi di Sarawak.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, Kerajaan Sarawak melalui pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) amat komited untuk membantu kontraktor Bumiputera menjadi kontraktor Bumiputera yang berjaya.

“Kerajaan Sarawak komited untuk membantu kontraktor yang mempunyai kelas D dan E menerusi Program Kontraktor Berdaya Saing (PKBS), kerajaan memberi ruang kepada semua kontraktor untuk terlibat secara langsung dalam tender terhad tanpa penglibatan dari bahagian atau daerah luar untuk mendapatkan projek kerajaan.

“Kita juga mengadakan latihan untuk pelatih kontraktor ini, di mana seramai 590 peserta yang sudah dipilih dan kumpulan ini mempunyai peluang untuk menyertai tender projek yang terhad untuk kontraktor lesen kelas D dan E,” katanya ketika berucap pada Forum Perniagaan Gawai-Kaamatan 2024 di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Presiden Dewan Perniagaan Dayak (DCCI) Sarawak, Dato Allan Keripin dan Presiden Dewan Perniagaan Kadazan Dusun (KCCI) Sabah, Datuk Ladislaus Maluda.

Beliau yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak menambah, di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS 2030), terdapat peningkatan projek sejak kebelakangan ini dan ia sekali gus menarik pelaburan berkualiti ke dalam negeri ini.

“Banyak pelaksanaan projek yang sedang dan akan berlangsung dan ini merupakan satu pengiktirafan meningkatkan Sarawak dalam menarik pelaburan berkualiti, perkongsian dan kerjasama serta mewujudkan lebih banyak pekerjaan berpendapatan tinggi untuk rakyat kita,” katanya.

Terdahulu, pada majlis yang sama Datuk Amar Douglas Uggah Embas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian bersama antara Dewan Perniagaan Dayak (DCCI) Sarawak dan Dewan Perniagaan Kadazan Dusun (KCCI) Sabah, di Kuching.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan