Search
Close this search box.
Datuk Misnu Taha (tengah) mempamerkan poster Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Sarawak 1446H/2024M di Kuching pada Selasa. Foto TVS

Kembara YDP wadah pemerkasaan umat Islam di Sarawak – Misnu

KUCHING, 2 Julai: Program Kembara Yang Dipertua (Kembara YDP) Majlis Islam Sarawak yang bakal diadakan merupakan salah satu cabang dalam memperkasakan ummah seiring dengan konsep serta tema sambutan Maal Hijrah 1446H/2024M, yakni “Sarawak Maju Makmur” dan “Al-Falah Pemacu Malaysia Madani”.

Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha berkata, program tersebut selari dengan pendekatan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 Sarawak (PCDS) 2030 yang berusaha untuk mendidik, membangunkan serta mengukuhkan ukhwah di kalangan masyarakat Islam di Sarawak.

“Kembara YDP merupakan satu platform untuk mendekati masyarakat Islam dan juga berbincang dengan mereka, mengenai beberapa perkara yang mereka perlukan.

“Ini bukan hanya untuk masyarakat Islam, bahkan juga perkampungan saudara-saudara kita, di mana sahaja dan diharapkan kami akan dapat pergi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Sarawak Tahun 1146H/2024M di pejabat Majlis Islam Sarawak, di sini, pada Selasa.

Misnu berkata, program tersebut juga akan turut menjadi platform perkongsian ilmu kepada umat Islam di seluruh Sarawak agar lebih cakna tentang konsep menyeluruh pendekatan hukum-hakam agama Islam.

“Kita akan berbicara tentang hal-hal berkaitan dengan hukum, kita berbicara tentang fardu kifayah, kursusnya, praktikalitinya di sebalik fardu kifayah.

“Kita akan cerita tentang harta pusaka yang barangkali ramai kita di kalangan orang Islam belum begitu arif tentang pembahagian harta pusaka dan ini melibatkan Jabatan Kehakiman Mahkamah Syariah, di samping itu, kita akan berbicara tentang wakaf, bercerita tentang pendidikan dan banyak isu-isu lain yang pastinya pendekatan umat Islam,” katanya.

Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Sarawak Tahun Kuching 1146H/2024M berlangsung pada 6 hingga 7 Julai 2024 dan akan dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang serta orang-orang kenamaan yang lain. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan