Search
Close this search box.
Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom (kanan) yang tampil menerusi Dialog TVS bertemakan ‘Memantapkan Pertanian, Memperkasakan Komuniti’.

Kawasan pertanian berstruktur dorong pelabur luar kenal pasti lokasi produk berkualiti Sarawak

ByAmirah Shawel

KUCHING, 2 Julai: Kerajaan Sarawak akan melaksanakan pengkhususan kawasan untuk pertanian komersial berskala besar dalam usaha mengenal pasti jaringan kawasan pertanian yang distrukturkan bagi sektor tersebut.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata kaedah ini akan memudahkan pelabur luar mengenal pasti kawasan pertanian di Sarawak yang menghasilkan produk bermutu tinggi.

“Sebab itu saya laksana rantaian dabai, kelapa dan kopi kerana saya mahu produk khusus di kawasan tertentu dapat dikenal pasti.

“Ini penting supaya pelabur luar akan tahu secara langsung di mana hendak melabur, contohnya di mana ada dabai yang premium dan lada yang berkualiti,” katanya menerusi rancangan temu bual terbitan TVS, Dialog TVS ‘Memantapkan Pertanian, Memperkasakan Komuniti’.

Jelas Rundi, pengkhususan akan dapat dilaksanakan sekiranya Kerajaan Sarawak memiliki maklumat yang jelas dan tepat mengenai profil pertanian pemain-pemain industri di seluruh wilayah.

Oleh yang demikian, beliau telah menggesa Jabatan Pertanian Sarawak untuk mendaftar petani-petani di bawah inisiatif eTani sesegera mungkin.

“Kita nak tahu profil pertanian mereka sama ada mereka tanam pisang, nanas atau kelapa dan sebagainya. Ini juga memudahkan kita untuk memberi bantuan khusus yang mereka perlukan,” katanya.

Pihaknya juga berhasrat untuk memberikan insentif pengeluaran kepada para petani bagi menggalakkan pengeluaran produk pertanian di Sarawak, berbanding memberikan subsidi pertanian. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan