Search
Close this search box.
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak menyita satu kotak kiriman dari luar negara disyaki mengandungi dadah berbahaya di Miri. Foto JKDM

Kastam sita kotak berisi dadah bernilai RM156,000 di Miri

ByRegina Lee

KUCHING, 2 Julai: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak menyita satu kotak kiriman dari luar negara disyaki berisi dadah dianggarkan bernilai RM156,000 di Miri pada 19 Jun lalu.

Pengarah Kastam Negeri Sarawak, Norizan Yahya berkata, sepasukan anggota daripada Unit Narkotik Kastam Stesen Miri telah membuat pemeriksaan di Kargo Udara Miri, Jalan Airport, Miri hasil maklumat daripada Cawangan Risikan Zon Sarawak pada jam 10.45 pagi,

“Berdasarkan kepada shipment note pada bungkusan berkenaan, pasukan telah menjalankan proses kawalan penghantaran control delivery ke atas kotak tersebut ke alamat penerima dan mendapati alamat yang digunakan adalah palsu.

“Nombor telefon bimbit penerima yang didaftarkan juga didapati tidak ada dalam perkhidmatan. Pasukan seterusnya membuat pengawasan dan menunggu penerima datang menuntut kotak tersebut di syarikat penghantaran yang beralamat di Eastwood Industrial Estate, Miri,” katanya kenyataan hari ini.

Menurutnya, kotak tersebut telah disita bagi tujuan siasatan lanjut setelah tiada tuntutan dibuat.

“Siasatan lanjut mendapati modus operandi sindiket itu menggunakan perkhidmatan kurier dari luar negara yang dihantar ke alamat palsu serta menggunakan nombor telefon bimbit yang tiada dalam perkhidmatan bagi tujuan mengelirukan pihak berkuasa.

“Hasil pemeriksaan dan ujian awal ke atas kandungan kotak tersebut membawa kepada penemuan tiga plastik yang disyaki mengandungi dadah berbahaya jenis pil ekstasi dianggar seberat 315 gram, serbuk methylenedioxymethamphetamine(MDMA) dianggar seberat 501 gram dan ketamin dianggar seberat 100 gram,” ujarnya.

Tegasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sehubungan itu, Norizan menggesa orang ramai membantu pihak JKDM memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah, kenderaan dan lain-lain serta dinasihatkan tidak membabitkan diri dengan aktiviti tersebut.

JKDM pada masa sama menyeru kepada orang awam untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam (1-800-88-8855) atau Pejabat Kastam yang terdekat di semua negeri. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan