Search
Close this search box.
Timbalan Pesuruhjaya Tinggi New Zealand di Malaysia, Dr Sharmila Bernau mengumumkan pelantikan Tan Sri Datuk Amar Dr Hamid Bugo sebagai Konsul Kehormat New Zealand di Sarawak. Foto TVS

Hamid Bugo dilantik sebagai Konsul Kehormat New Zealand di Sarawak

ByKimberly Dickson

KUCHING, 1 Julai: Timbalan Pesuruhjaya Tinggi New Zealand di Malaysia, Dr Sharmila Bernau mengumumkan pelantikan Tan Sri Datuk Amar Dr Hamid Bugo sebagai Konsul Kehormat New Zealand di Sarawak.

Hamid menzahirkan rasa kesyukuran atas pelantikan tersebut dan mengulas lanjut mengenai ikatan persahabatan yang dilaluinya semasa di New Zealand.

“Saya rasa hanya di New Zealand saya mengalami keistimewaan dan layanan seperti itu. Saya amat berbesar hati untuk terus berkhidmat dan memupuk hubungan antara Sarawak dan New Zealand,” kata Hamid.

Beliau berkata demikian semasa majlis makan malam pelantikannya sebagai Konsul Kehormat New Zealand di Negeri Sarawak sempena Pesta Matariki, di sebuah hotel di sini, malam tadi.

Sementara itu, Hamid turut menekankan potensi pertumbuhan dan pembangunan kolaboratif di wilayah Sarawak.

“Ini adalah masa yang sesuai untuk Sarawak dan New Zealand bekerjasama dalam pelbagai projek dan kami memerlukan kerjasama dan bantuan, bukan sahaja dari segi kewangan tetapi juga dari segi kemahiran teknikal.

“Saya komited untuk membawa kedua-dua wilayah bersama-sama untuk mengeksploitasi peluang ini,” ujarnya.

Beliau berkelulusan dari Universiti Canterbury, New Zealand dengan Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana Sastera dalam bidang Ekonomi serta memiliki Diploma Pasca Siswazah dalam Perguruan dan Sijil Pasca Siswazah dalam Pengajian Perniagaan daripada Institut Pengajian Pembangunan Harvard, U.S.A.

Dalam pada itu, beliau telah diberi penghormatan dengan Ph.D. (Bidang Perdagangan) oleh Universiti Lincoln, New Zealand.

Matariki membawa maksud sekelompok bintang dalam bahasa Maori dan dikenali sebagai Pleiades di New Zealand yang menandakan Tahun Baru Maori iaitu masa berkumpul bersama untukmeraikan dan memperingati keluarga.

Perayaan ini seumpama meraikan warisan budaya unik orang Maori bagi memupuk semangat kemasyarakatan yang telah diwartakan sebagai cuti umum orang asli New Zealand yang pertama sejak tahun 2022. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan