Search
Close this search box.
Cristiano Ronaldo terlepas sepakan penalti pada masa tambahan, menyebabkan air matanya mengalir di padang. Foto AFP

Euro 2024: Air mata Ronaldo bertukar kegembiraan menerusi penalti Portugal atasi Slovenia

ByBernama

FRANKFURT, 2 Julai: Portugal berjaya menewaskan Slovenia 3-0 menerusi penentuan penalti dalam pusingan 16 terakhir Euro 2024, lapor Xinhua.

Dalam perlawanan yang penuh dramatik, Cristiano Ronaldo terlepas sepakan penalti pada masa tambahan, menyebabkan air matanya mengalir di padang.

Namun, dia menebus kesilapannya dengan menjaringkan penalti pertama dalam penentuan.

Penjaga gol Diogo Costa menyelamatkan cubaan tiga penalti berturut-turut, menyaksikan Portugal menang 3-0 ke atas Slovenia untuk mara ke suku akhir.

Portugal bakal berdepan pasukan pilihan Perancis, dalam pusingan seterusnya selepas Perancis menang tipis 1-0 ke atas Belgium dalam perlawanan sebelum itu.

Selain Ronaldo, Bruno Fernandes dan Bernardo Silva berjaya menyempurnakan penalti mereka, memastikan kemenangan Portugal dan tempat di suku akhir.

“Perlawanan kali ini diwarnai suka dan duka. Inilah bola sepak. Anda tidak dapat menjelaskannya,” kata Ronaldo dalam temu bual selepas perlawanan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan