Search
Close this search box.
Datuk Dr Hazland Abang Hipni menerima kunjungan hormat daripada Malaysian Bioeconomy Development Corporation Sdn Bhd yang diketuai Soeraya Satem Ahmad baru-baru ini.

Dr Hazland dan MBDC bincang perkembangan bidang tenaga di Sarawak

ByRegina Lee

KUCHING, 2 Julai: Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Datuk Dr Hazland Abang Hipni baru-baru ini menerima kunjungan hormat daripada Malaysian Bioeconomy Development Corporation Sdn Bhd (MBDC) yang diketuai oleh Soeraya Satem Ahmad.

Menurutnya, kunjungan hormat tersebut bertujuan untuk menambah baik dan memberi pencerahan mengenai peranan MBDC di bawah kementerian Sains dan Teknologi Malaysia (MOSTI).

Beberapa perkara dibentangkan oleh MBDC bagi menjalin kerjasama dengan Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak (MEESty) dalam usaha meningkatkan lagi teknologi hijau terutamanya dalam bidang Bioenergy.

“Pihak MBDC juga telah membentangkan beberapa geran yang disediakan oleh MOSTI kepada syarikat-syarikat pemula dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D).

“Penerangan yang diberikan oleh MBDC dalam mesyuarat tersebut lebih tertumpu kepada bidang Bioenergy bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai perkembangan bidang tenaga di Sarawak,” katanya.

Ini menurutnya pihak MOSTI melalui MBDC telah menyediakan geran pembangunan dan penyelidikan bagi mengkaji dengan lebih lanjut bidang tersebut.

Antara yang dibentangkan adalah Applied Innovation Fund yang bernilai RM500,000, Technology Development Fund 1 RM1 Juta, Technology Development Fund 2 RM3 juta, Bridging Fund(BGF) RM 5 juta dan Strategic Research Fund (SRF) – APP RM15 juta. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan