Search
Close this search box.
Kerajaan disaran mengambil langkah tambahan untuk menangani isu pemerdagangan manusia di Malaysia dengan lebih berkesan,kata Ahli Parlimen Sri Aman, Dato Sri Doris Sophia Brodi. Foto, Firdaus Ismail (TVS).

Dewan Rakyat: Tingkat kerjasama antarabangsa atasi pemerdagangan manusia – Doris Sophia

BySalasiah Safian

KUALA LUMPUR, 2 Julai: Kerajaan disaran mengambil langkah tambahan untuk menangani isu pemerdagangan manusia di Malaysia dengan lebih berkesan.

Ahli Parlimen Sri Aman, Dato Sri Doris Sophia Brodi berkata, antaranya termasuk meningkatkan kerjasama di peringkat antarabangsa.

Pada masa sama beliau mahu penguatkuasaan undang-undang terus diperketatkan selain meningkatkan kesedaran awam.

“Isu ini amat dekat di hati saya kerana beberapa orang di kawasan saya pernah menjadi mangsa.

“Perkara ini kita tidak boleh pandang ringan walaupun Malaysia (ketika ini berada pada) Tahap 2 (dalam Laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat (JNAS) mengenai Pemerdagangan Orang 2024),” katanya.

Doris Sophia berkata demikian ketika sesi perbahasan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) 2021 dan Tahun 2022.

Doris Sophia menambah, Malaysia perlu memberi perhatian segera berikutan isu berkenaan turut disentuh dalam laporan Trafficking In Person oleh Amerika Syarikat baru-baru ini.

“Seperti yang telah diterangkan oleh Menteri Dalam Negeri, status Malaysia dalam laporan itu bukan sahaja memalukan dan mencemarkan nama negara kita tetapi apa yang lebih penting  (ia membabitkan) keselamatan dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Berkenaan kedudukan Malaysia pada Tahap 2 selepas tujuh tahun, beliau berkata, kerajaan tidak harus cepat berpuas hati.

“(Ini kerana) ia merupakan kedudukan yang masih membimbangkan dan memerlukan tindakan segera,” katanya.

Menutup perbahasan, Doris Sophia merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan kerana melaksanakan usaha serta kerjasama melibatkan pelbagai agensi bagi melindungi mangsa dan mendakwa mereka yang terlibat. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan