Search
Close this search box.
KUALA LUMPUR, 2 Julai: Penyarasan subsidi diesel di Semenanjung Malaysia dilihat berkesan mengurangkan masalah ketirisan, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. Foto fail, Bernama.

Dewan Rakyat: Penyasaran subsidi diesel berjaya bendung penyeludupan

BySalasiah Safian

KUALA LUMPUR, 2 Julai: Penyarasan subsidi diesel di Semenanjung Malaysia dilihat berkesan mengurangkan masalah ketirisan, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Jelas beliau, berdasarkan data, purata jualan harian di stesen minyak menurun lebih 30 peratus sejak keputusan itu dilaksanakan.

Tambah Amir Hamzah, stesen di sempadan pula mengalami pengurangan jualan yang lebih ketara iaitu di antara 40 hingga 50 peratus.

“Tanda awal menunjukkan pendekatan penyasaran subsidi ini berkesan dalam mengurangkan ketirisan.

“Jika dibandingkan jualan runcit diesel sebelum penyasaran subsidi dan selepas langkah itu, jualan purata harian di stesen minyak Semenanjung Malaysia menurun.

“Ini merupakan indikator jelas pengurangan penyeludupan,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Abdul Khalib Abdullah (Perikatan Nasional-Rompin) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan berkaitan penyelarasan subsidi diesel yang akan dilaksanakan dengan memberi bantuan Budi Madani kepada pemilik kenderaan diesel M40 dan B40 merupakan penyelesaian terbaik bagi membanteras penyeludupan diesel rentas sempadan.

Sementara itu Amir Hamzah memaklumkan penetapan harga runcit ke paras harga pasaran tanpa subsidi mencapai hasil.

“Ia (mengurangkan ketirisan) tidak tercapai jika kerajaan melaksanakan kenaikan harga runcit secara ansuran kecil kerana tidak akan menangani jurang perbezaan harga.

“Pada masa yang sama, bantuan bersasar turut disediakan antaranya kepada individu B40 dan M40 yang memiliki kenderaan diesel supaya tidak dibebani kenaikan harga runcit,” katanya.

Jelas beliau bantuan tunai RM200 sebulan atau RM2,400 setahun ditetapkan dengan mengambil kira data penggunaan.

“Bantuan RM200 dianggarkan mencukupi untuk menampung kos tambahan bagi perjalanan harian 75 kilometer (km) merujuk kepada kenderaan diesel biasa seperti penggunaan kenderaan diesel persendirian berdasarkan Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah oleh Jabatan Perangkaan Malaysia,” katanya. -TVS.

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan