Search
Close this search box.
Setiap negeri serta wilayah di Malaysia memiliki kuasa serta hak untuk menggubal undang-undang selain menguruskan dasar perhutanan sendiri, Dewan Rakyat dimaklmkan hari ini. Foto hiasan, Envato.

Dewan Rakyat: Negeri, wilayah miliki kuasa gubal undang – undang hutan, karbon kredit

ByAdlina Rahman

KUALA LUMPUR, 2 Julai: Setiap negeri serta wilayah memiliki kuasa serta hak untuk menggubal undang-undang perhutanan selain menguruskan dasar mereka sendiri, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, ini termasuklah perdagangan karbon kredit yang mana Kerajaan Persekutuan hanya berperanan memberi nasihat.

Selain itu jelas beliau kementerian juga menyediakan bantuan teknikal, latihan penyelidikan dan pembangunan dalam sektor perhutanan di negeri-negeri.

“Jika kita lihat Perlembagaan Persekutuan, Perkara 74 (2) yang menetapkan bahawa hutan berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

“Justeru, setiap negeri mempunyai kuasa dan hak untuk menggubal undang-undang dan menguruskan dasar perhutanan di negeri masing-masing,” katanya pada Waktu – Waktu Pertanyaan Lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Nik Nazmi menjawab pertanyaan Datuk Mohd Shahar Abdullah (Barisan Nasional – Paya Besar) yang ingin tahu tindakan kementerian untuk menyelaraskan proses bidang kuasa kerajaan pusat dan negeri untuk penjanaan kredit karbon daripada hutan Malaysia.

Sementara itu jelas beliau kementerian komited untuk membangunkan Dasar Pasaran Karbon Antarabangsa (DPKK) di bawah Perjanjian Paris.

Ke arah itu jelas beliau Kerajaan Persekutuan sudah memulakan sesi libat urus dengan kerajaan negeri.

Katanya, dasar pasaran tersebut turut dirangka bagi memudahkan pemegang taruh antara kerajaan negeri dan pihak swasta yang terlibat dalam industri perdagangan karbon tempatan dapat berkembang.

“Ini berikutan pelaksanaan pasaran karbon di bawah Artikel 6, Perjanjian Paris yang masih ada beberapa aspek dalam perjanjian itu yang sedang diharmonikan di peringkat antarabangsa yang belum diselesaikan sepenuhnya,” kata beliau.-TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan