Search
Close this search box.
Penurunan jumlah kelahiran hidup di Malaysia mencatatkan aliran penurunan sejak lebih 14 tahun lepas, kata Datuk Seri Nancy Shukri.Foto hiasan, Envato.

Dewan Rakyat: Malaysia catat penurunan jumlah kelahiran hidup sejak 2012 – Nancy

BySalasiah Safian

KUALA LUMPUR, 2 Julai: Penurunan jumlah kelahiran hidup di Malaysia mencatatkan aliran penurunan sejak lebih 14 tahun lepas, kata Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, jumlah kadar kelahiran berkait rapat dengan kadar kesuburan yang turun menunjukkan penurunan ketara.

Jelas Nancy, berdasarkan laporan yang diterbitkan dalam Laporan Perangkaan Penting 2023 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) kadar kesuburan di Malaysia menurun daripada 2.1 orang anak pada 2010 kepada 1.6 orang anak pada 2022.

“Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada penurunan ini termasuklah faktor ekonomi serta gaya hidup yang antaranya boleh mempengaruhi keputusan pilihan umur untuk berkahwin, bilangan anak dan sebagainya.

“Pada masa yang sama, masalah ketidaksuburan turut boleh mempengaruhi kadar kesuburan,” katanya.

Nancy berkata demikian ketika penggulungan kementeriannya bagi Usul Pembentangan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suhakam 2021 dan 2022 di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Sehubungan itu, bagi menangani masalah ini, jelas Nancy KPWKM melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) melaksanakan pelbagai inisiatif termasuklah menawarkan perkhidmatan rawatan kesuburan  sejak 1979 pada kos berpatutan.

“Selain itu, klinik kesejahteraan lelaki menawarkan ujian saringan kesihatan lelaki, khidmat nasihat masalah seksual dan amalan gaya hidup sihat serta rawatan ubat untuk membantu meningkatkan kesuburan lelaki bagi mengatasi masalah ketidaksuburan dalam kalangan lelaki yang semakin meningkat.

“Seterusnya memberi inisiatif kepada pasangan dalam mendapatkan rawatan kesuburan dengan pengecualian cukai bagi rawatan kesuburan sehingga RM8,000 dan banyak lagi,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan