Search
Close this search box.
Kerajaan akan melaksanakan pengusiran seramai 61,125 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan di beberapa Depoh Tahanan Sementara Imigresen di seluruh negara. Foto fail, Bernama.

Dewan Rakyat: Malaysia akan usir, senarai hitam 61,125 PATI dalam tempoh terdekat

ByAdlina Rahman

KUALA LUMPUR, 2 Julai: Kerajaan akan melaksanakan pengusiran seramai 61,125 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan di beberapa Depoh Tahanan Sementara Imigresen di seluruh negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya kini sedang menunggu beberapa kedutaan asing mengeluarkan dokumen perjalanan untuk membawa keluar kesemua PATI berkenaan.

“Kerajaan juga akan menyenarai hitam mereka dan tidak dibenarkan masuk ke negara ini lagi,” katanya pada Waktu – Waktu Pertanyaan Lisan di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Dr Abd Ghani Ahmad (Perikatan Nasional – Jerlun) yang ingin tahu langkah kerajaan untuk membendung kemasukan PATI menerusi laluan tikus dan tindakan terhadap pendatang haram itu yang menguasai beberapa kawasan perniagaan di sekitar ibu negara.

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, negara mempunyai sebanyak 140 pintu masuk rasmi dan 160 jalan tikus yang dikenal pasti dengan kebanyakkannya di Kedah, Perlis dan Kelantan.

“Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Sempadan, saya maklum tentang bagaimana pintu masuk jalan tikus ini (jalan yang tidak diwartakan di kedua-dua negara yang bersempadan),” katanya.

Sementara itu beliau menjelaskan rekod menunjukkan warga asing yang masuk ke Malaysia menggunakan Pas Lawatan Kerja ialah seramai 2.3 juta orang.

“Kita mempunyai maklumat mereka termasuk majikan dan lokasi. (Ingin saya jelaskan) kita ada had jumlah pekerja warga asing iaitu tidak boleh melepasi angka 2.55 juta hingga hujung tahun ini.

“Ketika ini berdasarkan profail sedia ada, kita mempunyai defisit sekitar 300, 000 hingga 400,000 pekerja asing,” katanya. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan