Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Nancy Shukri ketika hadir pada Persidangan Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga Parlimen Kelima Belas di Bangunan Parlimen hari ini.Foto, Bernama.

Dewan Rakyat: KPWKM salur RM1.6 juta untuk institusi kanak – kanak di Sarawak

BySalasiah Safian

KUALA LUMPUR, 2 Julai: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyalurkan peruntukan sebanyak RM1.6 juta kepada institusi kanak-kanak di Sarawak pada tahun ini.

Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata, dana berkenaan akan digunakan bagi tujuan penyelenggaraan, baik pulih dan naik taraf kemudahan itu di Sarawak.

“KPWKM sentiasa berusaha untuk menyediakan infrastruktur dan kemudahan yang baik di semua institusinya untuk keselesaan penghuninya.

“Sukacita dimaklumkan bahawa KPWKM melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM2.6 juta pada 2023 dan RM1.6 juta pada tahun ini untuk menyelenggara, membaik pulih dan menaik taraf institusi kanak-kanak di Sarawak,” katanya.

Nancy berkata demikian ketika penggulungan kementeriannya bagi Usul Pembentangan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suhakam 2021 dan 2022 di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Terdahulu ketika sesi perbahasan, Rodiyah Sapiee (Gabungan Parti Sarawak – Batang Sadong) membangkitkan isu berkaitan infrastruktur dan kemudahan di empat institusi kanak-kanak di Sarawak seperti yang disentuh dalam Laporan Tahunan Suhakam 2022.

Sementara itu Nancy turut memaklumkan, semakan semula mengenai kadar bantuan untuk Orang Kurang Upaya (OKU) dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan kadar tersebut kekal relevan.

Jelas beliau, ketika ini Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) baharu telah dibentangkan dalam Belanjawan 2024 dan mula diguna pakai bermula tahun ini.

“Ini telah menjadi syarat asas kelayakan pemohonan bantuan JKM yang baharu iaitu PGK 2022 RM1,198.

“Di samping itu, penetapan kelayakan pendapatan bagi Bantuan Elaun Orang Kurang Upaya (EPOKU) juga telah dinaikkan dari RM1,200 kepada RM1,500 dan ke bawah bermula pada 2021,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan