Search
Close this search box.
Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur dijadikan asas perbandingan indikator Pengiraan Kos Sara Hidup (KSH), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto hiasan, Envato.

Dewan Rakyat: KL jadi asas perbandingan kos sara hidup

BySalasiah Safian

KUALA LUMPUR, 2 Julai: Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur dijadikan asas perbandingan indikator Pengiraan Kos Sara Hidup (KSH), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, indikator baharu bagi mengukur KSH juga telah diubah suai bagi memastikan selari dengan perkembangan semasa negara.

Jelas beliau, pengiraan disusun melibatkan pelbagai aspek yang tidak digunakan oleh kebanyakan negara lain dan kerajaan memahami bahawa keperluan di antara bandar berbeza di seluruh negara berbeza.

“(Oleh itu) indeks harus diubah suai dan ini sedang dilakukan berdasarkan keputusan mesyuarat.

“Kerajaan ambil kira pelbagai faktor termasuk diet Malaysia (dan) semua itu diubah termasuk makanan, minuman bukan alkohol, pakaian dan kasut, perumahan, air, elektrik, gas, hiasan, kesihatan, pengangkutan, maklumat dan komunikasi, rekreasi, sukan dan perkhidmatan pendidika,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar menjawab soalan Datuk Rosol Wahid (Perikatan Nasional Hulu Terengganu) yang ingin tahu perkembangan terkini indikator baharu itu dan program yang dilaksanakan kerajaan berdasarkan dapatan indikator berkenaan.

Sementara itu Anwar memaklumkan KSH melibatkan 13 buah negeri dan tiga WP serta 162 daerah pentadbiran serta mengikuti lokasi bandar dan luar bandar. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan