Search
Close this search box.
Dewan Rakyat dimaklumkan KIGIP tidak akan menyaingi fungsi sedia ada kawasan perindustrian di Pulau Pinang dan Kulim, Kedah. Foto, Firdaus Ismail (TVS).

Dewan Rakyat: KIGIP fokus teknologi hijau sepenuhnya, tidak ‘kacau’ industri di P.Pinang, Kedah

BySalasiah Safian

KUALA LUMPUR, 2 Julai: Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP) akan memfokuskan kepada pelaburan dalam sektor teknologi hijau sepenuhnya, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jelas Perdana Menteri, KIGIP juga tidak akan ‘menganggu’ peranan sedia ada dimainkan oleh Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas, Taman Teknologi Tinggi Kulim dan Taman Perindustrian Batu Kawan yang menempatkan sektor teknologi tinggi.

Jelas Anwar, KGIP harus dilihat secara menyeluruh sebagai sinergi yang saling melengkapkan pertumbuhan sektor teknologi tinggi di wilayah utara.

“Fokus KGIP kepada industri teknologi hijau dan kita nampak minat beberapa syarikat baharu untuk memastikan industri (di sana) bergantung sepenuhnya kepada tenaga hijau,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan tambahan Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (Pakatan Harapan – Balik Pulau) sama ada KGIP akan memberi eksan kepada daya saing kepada kawasan perindustrian di Bayan Lepas, Batu Kawan dan Kulim pada Waktu – Waktu Pertanyaan Menteri di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata keputusan kerajaan melancarkan KIGIP adalah bagi meneruskan kesinambungan pertumbuhan sektor teknologi tinggi selain tiga kawasan perindustrian itu sudah beroperasi pada kapasiti yang tinggi.

“Begitu juga dengan Taman Perindustrian Batu Kawan Fasa 3 yang diluncurkan baru – baru ini juga hampir penuh.

“Saya tidak fikir satu saingan sebaliknya saling melengkapi,” tambah Perdana Menteri.

Jelas Perdana Menteri, KIGIP juga akan menjadi salah satu hab di utara Malaysia untuk menyemai bakat dan inovasi berikutan lokasinya yang berdekatan dengan pelbagai institusi pengajian tinggi (IPT) seperti Universiti Sains Malaysia (USM), institusi TVET dan Pusat Latihan Giat MARA.

“Faktor ini akan dapat memastikan bekalan graduan mahir bagi mengisi jawtaan berkemahiran dan bernilai tinggi untuk KIGIP, sambil memupuk dan memberi peluang kepada tenaga kerja tempatan mampan untuk terus berkembang maju.

“Perancangan bagi pembangunan Projek KIGIP ini sedang dilaksanakan secara pendekatan Whole-of Government, menerusi kerjasama dan sinergi di antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Perak serta SD Guthrie Berhda dan Permodalan Nasional Berhad (PNB),” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan