Search
Close this search box.
Kerajaan memperuntukan subsidi berjumlah RM58.1 bilion untuk pelbagai sektor pada tahun ini, Dewan Rakyat dimaklumkan.Foto Envato.

Dewan Rakyat: Kerajaan salur subsidi RM58.1 bilion tahun ini

ByAdlina Rahman

KUALA LUMPUR, 2 Julai: Kerajaan memperuntukkan subsidi berjumlah RM58.1 bilion untuk pelbagai sektor pada tahun ini, Dewan Rakyat dimaklumkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jumlah itu disalurkan untuk membantu golongan rentan yang terkesan akibat kenaikan kos sara hidup yang bukan sahaja berlaku di Malaysia malah peringkat global.

Jelas Anwar jumlah berkenaan berdasarkan angka terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan.

“Kenyataan yang kita tidak boleh nafi, cara kerajaan bantu ialah dengan tambah subsidi (dan) tarik subsidi (yang dinikmati) oleh mereka yang tidak berhak termasuk warga asing, kita beri (semula) kepada rakyat,” katanya pada Waktu – Waktu Pertanyaan Menteri di sini hari ini.

Anwar menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Isam Mohd Isa (Barisan Nasional – Tampin) yang ingin tahu jaminan serta strategi kerajaan agar agenda rasionalisasi subsidi diesel tidak akan menjejaskan golongan rentan.

Menjelaskan lebih lanjut, Anwar berkata, jumlah subsidi yang disediakan pada tahun ini merangkumi kos sara hidup, biasiswa, pendidikan, sektor pertanian, faedah dan pinjaman serta lain – lain.

Jelas beliau bantuan kerajaan juga dapat dilihat menerusi tambahan peruntukan kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang meningkat kepada RM10 bilion pada tahun ini.

“(Selain itu) subsidi harga padi, harga lantai belian padi kita (kerajaan) naikkan, kadar sara diri dinaikkan kepada RM1,200 serta bantuan awal persekolahan bagi keluarga berpendapatan RM3,000 ke bawah dengan peruntukan RM800 juta telah memanfaatkan lima juta penerima,” katanya.

Semua langkah berkenaan jelas Perdana Menteri menunjukkan kerajaan menyedari wujud masalah berkaitan kos sara hidup dan perkara itu menjadi sebab kepada penambahan subsidi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan