Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan faktor kerajaan kekalkan subsidi diesel di Sabah dan Sarawak pada Sidang Dewan Rakyat hari ini. Foto, Jabatan Penerangan Malaysia.

Dewan Rakyat: Isu subsidi diesel, tolong pergi ke Sabah, Sarawak – PM Anwar

ByAdlina Rahman

KUALA LUMPUR, 2 Julai: Keputusan kerajaan mengekalkan subsidi diesel di Sabah dan Sarawak dilakukan selepas pelbagai pertimbangan khususnya melibatkan kos sara hidup di kedua – dua wilayah itu yang lebih tinggi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, berikutan faktor geografi, penggunaan diesel di sana lebih meluas dan sukar untuk kerajaan melaksanakan penyarasan.

“(Bagi) Sabah dan Sarawak, (pembangkang) tolonglah pergi ke Sabah, Sarawak dan lihat keadaan di sana.

“Penggunaan diesel (di sana) menyeluruh, tidak seperti di sini, setiap bot, kereta, kenderaan (di sana) guna diesel, oleh itu pelaksanaan (penyarasan subsidi) jadi terlalu sukar.

“Kos sara hidup di Sabah, Sarawak realitif jauh lebih tinggi berbanding di Semenanjung Malaysia,” katanya pada Waktu – Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar menjawab soalan tambahan Datuk Rosol Wahid (Perikatan Nasional – Hulu Terengganu) yang ingin tahu sama ada tindakan kerajaan mengecualikan Sabah dan Sarawak daripada penyarasan subsidi diesel baru – baru ini disebabkan tiada kegiatan penyeludupan bahan bakar itu di kedua – dua wilayah berkenaan.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, keputusan berkenaan juga bukan disebabkan oleh Kerajaan Persekutuan menerima tekanan.

“Bukan bermakna kita (kerajaan) juga ditekan atau seperti mana sindiran Yang Berhormat Hulu Terengganu, seolah – olah kita kecualikan mereka (kerana) tidak terkesan apa yang kita hadapi,” katanya.

Berkenaan kenaikan kos mendadak disebabkan penyarasan subsidi diesel sehingga mewujudkan dakwaan kerajaan menarik subsidi, Anwar berkata, perkara itu tidak benar.

“Nelayan, petani, pekebun kecil, pemandu teksi (itu) semua diambil kira, jumlahnya besar mencecah ratusan ribu (yang masih terima subsidi) jadi tak boleh guna konteks ucapan itu (tarik subsidi),” katanya.

Jelas beliau, apa yang berlaku ialah kerajaan menarik susbidi yang dinikmati oleh 3.8 juta warga asing di Malaysia.

“Apa salah kita tarik balik sebab dia (warga asing) tidak bayar cukai,” katanya.

Sementara itu Anwar berkata, subsidi elektrik mencecah RM10 bilion setahun juga masih dikekalkan. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan