Search
Close this search box.
Kandungan di Tiktok yang diminta diturunkan bukan semuanya mengkritik kerajaan, kata Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching. Foto, Jabatan Penerangan Malaysia.

Dewan Rakyat: Bukan semua kandungan kritik kerajaan diturunkan TikTok -Nie Ching

ByAdlina Rahman

KUALA LUMPUR, 2 Julai: Kandungan di TikTok yang diturunkan pengendali platform bukan semuanya mengkritik kerajaan, kata Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching.

Nie Ching berkata, penurunan tertakluk kepada penilaian penyedia platform berdasarkan laporan penyalahgunaan yang dibuat oleh pengguna selain permohonan pihak berkuasa.

Jelas beliau berdasarkan Laporan Permintaan Pengalihan Keluar, TikTok menerima 1,862 permintaan daripada Kerajaan Malaysia.

“Namun laporan sama juga menunjukkan jumlah keseluruhan kandungan yang diterima untuk diturunkan ialah sebanyak 6,231.

“Ini menunjukkan bukan semua permohonan penurunan kandungan dibuat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) atau kerajaan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikain ketika sesi penggulungan oleh Kementerian Komunikasi berkenaan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) 2021 dan 2022.

Sementara itu beliau memaklumkan, laporan itu juga menunjukkan sebanyak 2,514 kandungan telah diturunkan kerana melanggar garis panduan komuniti.

“(Selain itu) tindakan juga diambil kerana melanggar undang-undang tempatan iaitu sebanyak 2,970,” katanya.

Sementara itu beliau menjelaskan langkah proaktif yang diambil oleh kementerian melalui SKMM juga bertujuan membendung kegiatan penipuan dalam talian selain menyekat kandungan yang tidak sihat seperti pelacuran.

“Sejak 2019 sehingga 2023 penipuan dalam talian meningkat sebanyak 95.2 peratus dan pada masa yang sama judi dalam talian meningkat 273 peratus (2019 sehingga 2022),” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan