Search
Close this search box.
Beregu lelaki negara, Kang Khai Xing-Aaron Tai berjaya menyumbang mata pertama. Foto BAM (FB)

China lebur impian Malaysia ke pentas final

ByBernama

KUALA LUMPUR, 2 Julai: Impian skuad negara untuk pertama kali mara ke final Kejohanan Badminton Remaja Asia (BAJC) 2024 lebur apabila tewas 1-3 kepada China pada saingan separuh akhir di Yogyakarta, Indonesia, semalam.

Pada acara pasukan campuran itu, skuad negara bermula dengan langkah kanan apabila meraih mata pertama menerusi kemenangan beregu lelaki Kang Khai Xing-Aaron Tai menewaskan Hu Ke Yuan-Lin Xiang Yi 26-24, 25-23.

Bagaimanapun, pemain perseorangan wanita Ong Xin Yee tidak dapat membawa momentum ke perlawanan kedua apabila tewas kepada Xu Wen Jing 15-21, 13-21.

China, selaku juara lapan kali, mendahului dalam perlawanan ketiga, apabila pemain perseorangan lelaki Wang Zi Jun menewaskan Razeeq Rosli Danial 21-17, 21-9.

China melengkapkan kemaraan ke pentas final dalam tempoh enam tahun selepas beregu wanita, Chen Fan Shu Tian-Liu Jia Yue menyumbang mata ketiga menerusi kejayaan menumpaskan pasangan negara Carmen Ting-Nicole Chau 21-12, 21-9.

Malaysia menamatkan kempen dengan mengulangi pencapaian pingat gangsa edisi 2018 di Jakarta.

Acara individu kejohanan itu akan bermula Rabu ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan