Search
Close this search box.
Situasi banjir di Pekan Penampang ketika tinjauan pada Isnin. Foto Bernama

Banjir Sabah: Bomba bantu tiga warga emas hadir rawatan dialisis

ByBernama

KOTA KINABALU, 2 Julai: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah membantu tiga warga emas dari Tamparuli dan Inanam yang perlu menjalani rawatan dialisis selepas jalan ke kawasan kediaman mereka terputus dan rosak akibat banjir sejak Ahad lepas.

Pusat Gerakan Operasi JBPM Sabah dalam kenyataan memaklumkan ketiga-tiga pesakit buah pinggang itu dibantu oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran dan BBP Lintas untuk menghadiri janji temu rawatan dialisis di hospital.

“Dua pesakit iaitu wanita dan lelaki berusia lingkungan 60-an dari Kampung Bawang, Tamparuli yang berada di kediaman mereka diangkat sebelum dihantar ke Hospital Tuaran menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Anggota dari BBP Tuaran bergegas ke lokasi kejadian terletak 15 kilometer selepas menerima panggilan pada 8.34 pagi bagi membantu kedua-dua pesakit berkenaan sebelum operasi ditamatkan pada 9.55 pagi,” menurut kenyataan itu hari ini.

Seorang lagi pesakit dari Jalan Kionsom, Kampung Bambangan 2, Inanam turut mendapat perhatian apabila anggota BBP Lintas membantu mengangkat lelaki berusia 63 tahun itu sejauh 100 meter berikutan jalan ke kediamannya rosak serta berlumpur akibat banjir.

Menurut kenyataan itu, warga emas tersebut seterusnya diserahkan kepada pihak ambulans untuk dihantar ke Hospital Likas bagi janji temu dialisis. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan