Search
Close this search box.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said. Foto Bernama

Akta Audit dipinda selepas 33 tahun, meliputi peluasan bidang kuasa Ketua Audit Negara

ByAmirah Shawel

KUCHING, 2 Julai: Pindaan Akta Audit 1957 buat pertama kali dalam tempoh 33 tahun akan merangkumi pengwujudan kuasa baharu dan peluasan bidang kuasa Ketua Audit Negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman berkata, pindaan itu dilaksanakan bagi memperbaiki serta memperkukuh tatakelola dan tadbir urus terutama dalam aspek pengurusan kewangan negara.

“Dalam usaha berterusan dan komitmen Kerajaan Madani bagi memperkukuh dan menambah baik sistem dan institusi negara di bawah agenda reformasi undang-undang dan institusi, Institusi Jabatan Audit Negara (JAN) akan diperkasakan dengan pindaan Akta Audit 1957.

“Hal ini meliputi skop pengukuhan akta melalui peruntukan baharu selaras dengan keperluan dan kehendak semasa serta peluasan bidang tugas Ketua Audit negara,” katanya menerusi kenyataan di Twitter.

Jelas Azalina, pindaan tersebut akan memberikan impak positif terhadap pengukuhan peranan JAN dalam pengauditan yang lebih menyeluruh, selain memastikan syor-syor audit-audit diberi penekanan.

Beliau berkata, pindaan itu akan memberi JAN peranan yang lebih relevan bagi memastikan mekanisme semak dan imbang wujud dalam pengurusan wang awam negara.

“Inisiatif Rang Undang-Undang Audit (Pindaan) 2024 ini adalah bukti jelas komitmen utuh Kerajaan MADANI ke arah menambahbaik tatakelola negara dan akauntabiliti sektor awam serta selaras dengan perkembangan semasa dan mematuhi piawaian antarabangsa,” katanya.

Terdahulu, Azalina telah membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Audit (Pindaan) 2024 di Dewan Rakyat pada 27 Jun lalu, dan seterusnya dibahas pada petang itu.

Sebelum ini, Jabatan Audit Negara dalam kenyataannya memaklumkan, Akta Audit 1957 (Akta 62) yang berkuat kuasa ketika ini dipinda kali terakhir pada 1991. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan