Search
Close this search box.
Pasukan Bomba dan Penyelamat melakukan kerja-kerja di lokasi kebakaran sebuah rumah di Kampung Bruit, Daro, hari ini. Foto JBPM

Ahli Parlimen Tanjong Manis zahir simpati mangsa kebakaran di Kampung Bruit

DARO, 2 Julai: Ahli Parlimen Tanjong Manis Yusuf Abd Wahab menzahirkan rasa simpati terhadap mangsa kebakaran sebuah rumah di Kampung Bruit, petang tadi.

Beliau yang kini berada di Kuala Lumpur bagi menghadiri Persidangan Dewan Rakyat berkata kakitangan pusat khidmatnya telah berada di lokasi untuk menghulurkan bantuan awal.

“Saya turut bersedih dan simpati terhadap nasib yang menimpa mangsa, semoga mereka tabah dan sabar dengan dugaan yang menimpa,” katanya ketika dihubungi TVS, hari ini.

Kebakaran itu menyebabkan tiga mangsa cedera – Ibrahim Mahli, 79, Jenohati Saperi, 76, dan Siti Norayati Zailani, 32, masing-masing cedera melecur pada tangan, bahagian dada serta di belakang badan.

“Sementara itu enam lagi penghuni lain selamat dan semua mangsa yang cedera dihantar ke Klinik Kesihatan Betanak sebelum dirujuk ke Hospital Sibu untuk rawatan susulan,” kata jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Sarawak.

Kejadian berlaku pantas itu mengakibatkan kesemua mangsa tidak sempat menyelamatkan harta benda masing-masing.

Katanya, keseluruhan kediaman mangsa musnah dan tindakan pemadaman sehingga selesai menggunakan sumber air dari tiga tangki simpanan air persendirian milik penghuni rumah.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Daro bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada 4.35 petang.

“Bagaimanapun bomba terpaksa menaiki feri merentasi Batang Lassa sebelum tiba di lokasi pada 5.56 petang.

“Operasi sukar apabila tiada sumber air yang mencukupi bagi pemadaman kerana sumber air terbuka surut dan kering ketika kejadian berlaku.,” jelasnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan