Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto TVS

Sarawak jalin kerjasama syarikat minyak Thailand, teroka inisiatif gas masam

KUCHING, 1 Julai: Kerajaan Sarawak akan bekerjasama dengan PTT Exploration and Production Public Company Limited (PTTEP) yang merupakan sebuah syarikat minyak dan gas yang berpangkalan di Thailand bagi bersama-sama meneroka inisatif gas masam di wilayah ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menjelaskan syarikat itu akan bekerjasama dengan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dan Shell bagi menjayakan inisiatif berkenaan yang dilihat dapat memakmurkan penggunaan tenaga hijau di rantau ini.

“Apa yang berlaku ialah gas yang diambil dan diteroka oleh mereka adalah gas masam yang banyak mengandungi karbon hidroksida yang tidak memberi apa-apa kesan baik kepada gas itu.

“Syarikat itu kelak akan memecahkan karbon hidroksida. Kemudian, gas masa itu akan dimasukkan dalam tanah dan dijadikan ia sebagai gas manis yang digunakan untuk beberapa bahan sebagai bahan mentah bagi mengeluarkan petrokimia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penghargaan Kerjasama Vendor Sarawak dalam Industri Minyak dan Gas 2024 di Kuching pada Isnin.

Bukan itu sahaja, Abang Johari turut menjelaskan dengan teknologi yang kian membangun dan moden, pelabur mampu memanfaatkan gas masam itu yang dahulunya tidak dapat diterokai berikutan kosnya agak tinggi.

Tahun lepas, Sarawak telah melabur lebih RM10 bilion untuk menjadikan Bintulu sebagai hab gas masam dengan pembangunan Sistem Pemindahan Gas Masam Bersepadu Sarawak (SISGES) di Tanjung Kidurong.

Beliau berkata, pembangunan itu yang berada dalam Taman Perindustrian Petrokimia (PIP) akan selari dengan cita-cita Sarawak untuk mencapai status negeri maju menjelang 2030.

Gas masam ialah gas asli atau sebarang gas lain yang mengandungi sejumlah besar hidrogen sulfida. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan