Search
Close this search box.
Lima undang-undang menjadi teras Kerajaan Sarawak dalam menjaga hak dan kepentingan dalam minyak dan gas. Foto TVS

Sarawak berpandukan lima undang-undang, jaga hak minyak dan gas – Abang Johari

KUCHING, 1 Julai: Penjagaan hak dan kepentingan Sarawak dalam penerokaan minyak dan gas di wilayah ini dilaksana berpandukan lima undang-undang, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah berniat untuk mengambil alih mahupun menyaingi Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), sebaliknya bekerjasama rapat dalam industri tersebut dengan syarikat minyak negara itu.

Antara lima undang-undang yang digariskan Abang Johari ialah Undang-Undang Tanah Sarawak yang memberi Sarawak mengurus segala berkaitan di tanah dan pelantar benua serta penyimpanan karbon dan juga Ordinan Perlombongan Minyak (OMO) 1958 untuk mengawal selia aktiviti perlombongan minyak dan gas di wilayah ini.

“Ketiga ialah Ordinan Pengagihan Gas dan dengan cara ini agregator masuk. Kita menjadi pihak berkuasa untuk mengagregat pengedaran gas kita. Jadi, sesiapa yang mahu berbuat demikian, berunding dengan Sarawak dahulu. Itu berdasarkan undang-undang.

“Keempat ialah Perlembagaan Persekutuan. Sama seperti cukai jualan yang kita kenakan di mana itu adalah hak kita. Kelima ialah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Jadi dalam erti kata lain, kita tidak mengambil hak orang. Kita mengurus berdasarkan hak kita,” katanya.

Beliau berucap pada Majlis Penghargaan Kerjasama Vendor Sarawak dalam Industri Minyak dan Gas 2024 di Kuching pada Isnin.

Turut hadir sama Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan), Datu Dr Muhammad Abdullah Zaidel.

Sehubungan itu, Abang Johari mengulangi pendirian bahawa Kerajaan Sarawak kekal mahu menjalinkan kerjasama bersama PETRONAS dalam mempergiatkan inisiatif Penangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) di Sarawak.

“Banyak khabar angin mengatakan Sarawak mahu mengambil alih mahupun menganggu operasi PETRONAS. Saya tekankan di sini kedudukan Sarawak adalah jelas. Kita mahu mengambil bahagian secara aktif dalam industri minyak dan gas dan terus bekerjasama dengan PETRONAS. Kita tidak berada di sana untuk menganggu PETRONAS kerana, seperti yang diperkatakan oleh bekas Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Adenan Satem ‘Sarawak lihat sahaja’.”

“Apa Sarawak buat adalah kita libatkan diri kita dalam industri itu dan bekerjasama dengan PETRONAS kerana jelas PETRONAS merupakan sebuah syarikat minyak dan gas multinasional Malaysia. PETROS pula merupakan sebuah syarikat minyak dan gas milik Sarawak. Sehubungan itu, kita mahu mereka berdua (PETRONAS dan PETROS) terus menjalinkan kerjasama,” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan