Search
Close this search box.
Tumpik sagu yang dihasilkan semasa RWMF 2024 di Rumah Melanau, Kampung Budaya Sarawak, Kuching. Foto TVS

RWMF: Sagu sumber karbohidrat bagi komuniti Melanau

KUCHING, 1 Julai: Keunikan dan kepelbagaian yang ditampilkan dalam Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) 2024 bukan sekadar hiburan.

Sebaliknya mengetengahkan budaya Sarawak terutama dari sudut hidangan tradisi suku kaum di Bumi Kenyalang.

Rose Anthony ketika menyediakan tumpik sagu semasa Rainforest World Music Festival (RWMF) 2024 di Rumah Melanau, Kampung Budaya Sarawak di Santubong. Foto TVS

Tumpik atau lempeng sagu antara sajian tradisional komuniti Melanau turut jadi perhatian pengunjung di Kampung Budaya Sarawak (SCV).

Ia merupakan makanan tradisional yang unik dalam kalangan masyarakat Melanau.

Meskipun pernah menjadi makanan ruji masyarakat Melanau satu ketika dahulu, ia kini merupakan makanan ringan yang enak dimakan dengan ikan bilis serta kacang goreng.

Peniaga Rumah Melanau, Rose Antony memaklumkan ia merupakan altenatif kepada nasi bagi masyarakat itu susulan faktor geografi lokaliti kediaman yang berhampiran dengan sungai.

“Tumpik ini diperbuat daripada tepung sagu yang dihasilkan dari pokok rumbia, selepas diparut dan dicuci, diperah dan menghasilkan tepungnya lalu dijadikan makanan ruji.

“Orang Melanau (zaman dahulu) tidak makan nasi, tetapi makan sagu, bukan tidak boleh tetapi kita mengira faktor kawasan kediaman dikelilingi air (pesisir), atas sebab itu kami tidak makan nasi, rumbia ditanam di hutan dan ditebang setiap tengah tahun,” katanya.

Rose yang berusia 61 tahun dari Tellian, Mukah ditemui semasa RWMF di Rumah Melanau, Kampung Budaya Sarawak di Santubong pada Ahad.

Menurutnya, selain dimakan begitu sahaja, tumpik sagu juga boleh dimakan bersama garam atau umai.

“Ia tidak dimakan bersama gula apong, itu mungkin untuk orang luar atau pelancong, bagi kami ia dimakan dengan garam sahaja, mungkin orang lain gemar makan dengan pemanis, atau kelapa untuk rasa lemak.

“Kami orang Melanau kurang gemar makanan yang manis atau berlemak,” ujarnya.

RWMF yang melabuhkan tirainya pada Ahad bukan sekadar mempamerkan budaya dan tradisi etnik di Sarawak, malah mewujudkan peluang ekonomi dengan memperkenalkan produk dari Bumi Kenyalang kepada pengunjung luar. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan