Search
Close this search box.
Pengunjung berkongsi pengalaman bermakna apabila turut serta dalam pelbagai acara sampingan RWMF sepanjang tiga hari itu. Foto TVS

RWMF: Pengunjung bertanggungjawab, persekitaran bersih aspirasi kelestarian alam sekitar

KUCHING, 1 Julai: Penganjuran Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) 2024 berjaya menampilkan kelainan serta menerapkan aspirasi alam sekitar mampan yang selari dengan temanya, Evolusi.

Perkara itu dinyatakan, Shando Safela, pengamal media di Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia yang tidak pernah melepaskan peluang untuk membuat liputan setiap tahun penganjuran festival antarabangsa itu di Kampung Budaya Sarawak (SCV).

Malah, para pengunjung juga telah menunjukkan kesedaran akan kepentingan menjaga alam sekitar dari tercemar dengan sisa buangan.

“RWMF 2024 amat sesuai dengan temanya tahun ini, Evolution, dari apa yang saya lihat semuanya serba baharu termasuk muziknya serta cara menguruskan semua sampah dan sisa makanan.

“Setiap tahun saya datang ke sini (SCV), apa yang boleh saya katakan para pengunjung sudah sedar, mereka membersihkan semua bekas minuman dan makanan selepas digunakan dan dibuang ke dalam tong sampah. Apabila konsert tamat, kawasan sekeliling sudah bersih,” kataya ketika ditemui semasa RWMF 2024 di sini pada Ahad.

Dari sudut persembahan, menurut Shando, setiap tahun memiliki kelainannya tersendiri menerusi penampilan artis dan kumpulan jemputan.

Sementara itu, pelancong Australia, Angeline dan rakannya, Victoria memberitahu ia merupakan pengalaman bermakna bagi mereka apabila turut serta dalam festival muzik sepanjang tiga hari itu.

Antara yang menarik perhatiannya, perpaduan komuniti dunia yang berkumpul dan bersatu atas nama muzik dan kebudayaan serta sajian makanan yang pelbagai.

“Ini merupakan pengalaman pertama datang ke RWMF, walaupun pernah melancong ke Sarawak kira-kira 10 tahun lalu, namun ketika itu tidak berkesempatan untuk pergi ke festival ini,” katanya.

“Di sini kita dapat semua orang berkongsi dengan terbuka tentang kebudayaan yakni suasana sangat menarik dan meriah,” katanya.

RWMF 2024 melabuhkan tirainya pada Ahad selepas tiga hari berlangsung sejak Jumaat lalu yang berjaya merekodkan kehadiran terbesar dalam sejarah 27 tahun penganjurannya dengan lebih 26,000 pengunjung. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan