Search
Close this search box.
Wilma Gispilli ketika mencacah tatu salah seorang pengunjung RWMF 2024 yang berlangsung di Kampung Budaya Sarawak, Kuching. Foto TVS

RWMF: Hargai kebudayaan tatu suku kaum

KUCHING, 1 Julai: Tatu sering dikaitkan dengan kebudayaan pelbagai suku kaum di dunia yang mempunyai maksud tersendiri mewakili hubungan, keturunan dan warisan.

Reka bentuknya menampilkan garis hitam atau corak geometri yang diilhamkan oleh seni puak purba.

Malah terdapat simbol khusus untuk tradisi budaya dari mana ia berasal atau mewakili hubungan peribadi dengan identiti dan kepercayaan seseorang.

Bagi pencacah tatu, Wilma Gispilli, setiap tatu yang dihasilkan memberi maksud tersendiri di sebalik corak puak dari negara asalnya, Filipina.

Malah beliau turut menyifatkan tatu puak di Filipina mempunyai persamaan dengan tatu Iban di Sarawak.

“Inilah budaya tatu kami di Filipina, saya mengembara ke seluruh dunia untuk berkongsi bahawa kami mempunyai budaya tatu, ia sangat serupa dengan tatu Iban, iaitu tatu asli.

“Kami rasa seperti berhubung kerana mereka (Iban) juga sama, mempunyai pemburu kepala, kita juga mempunyai pemburu kepala,” katanya.

Dalam kebanyakan budaya, minat terhadap tatu adat kaum masing-masing semakin meningkat.

Begitu juga masyarakat Iban, kerana tatu adalah bahagian penting dalam kebudayaan etnik terbesar di Sarawak.

Setiap lukisan, garisan dan reka bentuk tatu melambangkan makna tersirat yang ada kaitan dengan kuasa mistik, status dan pencapaian seseorang.

Seperti Iban, suku kaum di Filipina juga mempunyai corak tatu yang mempunyai pelbagai maksud kata pencacah tatu dari Benguet, Cordillera itu.

“Ia mempunyai maksud yang signifikan berkaitan penyembuhan, perlindungan, panduan, keberanian dan kecantikan.

“Di Filipina kami mempunyai banyak suku kaum atau puak yang berbeza, untuk wanita ia signifikan dengan kecantikan dan keberanian.

“Tetapi bagi lelaki, mereka membuat tatu kerana ia adalah ganjaran daripada membunuh musuh. Jadi, begitu juga seperti kaum Iban, apabila mereka mempunyai tatu di sini, mereka mencacah tatu dahulu sebelum pergi berperang kerana tatu mereka adalah azimat perlindungan mereka,” katanya.

Seni, budaya dan warisan antara elemen penting yang diterapkan dalam penganjuran Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) 2024.

Malah menerusi pendekatan itu, perkongsian budaya dapat dilaksanakan dengan berjaya sekali gus mencapai objektif penganjuran acara antarabangsa itu di Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan