Search
Close this search box.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan peruntukan untuk penyambungan nasional grid elektrik di Punan Ba. Foto Fiqri Razak (TVS)

RM62 juta diluluskan untuk pembinaan bekalan grid elektrik di DUN Belaga

ByAkma Salleh

BELAGA, 1 Julai: Sejumlah RM62 juta diperuntukkan bagi penyambungan nasional grid elektrik di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Belaga, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, perkara itu telah disuarakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belaga, Datuk Liwan Lagang yang menyatakan rakyat di kawasan itu termasuk di Punan Ba memerlukan bekalan elektrik yang lebih stabil.

“Saya mengumumkan kelulusan untuk penyambungan nasional grid bagi bekalan elektrik luar bandar di kawasan Belaga ini sebanyak RM62 juta,” katanya pada sidang media yang diadakan selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Bekalan Solar Hibrid dan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Brain Mering, Punan Ba, di sini, hari ini.

RM4.2 juta diluluskan untuk penggantian bateri solar hibrid di Punan Ba

Terdahulu, permohonan itu telah diajukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belaga, Datuk Liwan Lagang.

Menurut Liwan, walaupun sudah mempunyai bekalan solar hibrid namun kawasan pedalaman itu masih memerlukan bekalan elektrik yang lebih stabil.

“Apa yang kita perlu adalah kestabilan elektrik daripada Belaga hingga ke Kapit disambung kepada grid supaya rakyat di kawasan luar bandar dapat menikmati hasil pembangunan.

“Ini juga akan memudahkan urusan anak-anak mereka yang masih berada di bangku sekolah supaya mereka dapat membaca dan menelaah buku pada waktu malam dengan tidak terganggu sinarnya. Selain itu juga, bekalan elektrik ini amat penting bagi kemudahan seperti peti sejuk atau mesin basuh bagi golongan ibu,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan