Search
Close this search box.
Dato Sri Julaihi Narawi menyempurnakan Majlis Ngiling Bidai Daerah Sebuyau pada Sabtu lepas.

RM174 juta diluluskan bagi naik taraf infrastruktur bekalan elektrik di lima kawasan

BySaibi Gi

KUCHING, 1 Julai: Kerajaan Sarawak meluluskan pelaksanaan menambah baik infrastruktur bekalan elektrik di kawasan Asajaya, Sadong Jaya, Sebuyau, Simunjan, Gedong.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi berkata melalui kementeriannya dan agensi pelaksana Sarawak Energy Berhad, projek itu menelan kos RM174 juta yang merangkumi tujuh komponen bekalan elektrik.

“Ini adalah bertujuan untuk mempastikan kestabilan bekalan elektrik di semua kawasan ini yang kini mempunyai peningkatan permintaan bekalan elektrik selaras dengan perubahan gaya hidup yang lebih baik,” katanya berucap pada Majlis Ngiling Bidai Daerah Sebuyau pada Sabtu.

Menjelaskan lanjut, Julaihi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sebuyau berkata skop projek merangkumi pemasangan litar berkembar MVCC dari Substesen Asajaya 33/11kV ke Jambatan Batang Sadong.

Turut akan dilaksanakan pemasangan kabel dasar sungai berkembar 95 mm2/3C XLPE Cu menyeberangi Sungai Batang Sadong.

Infrastruktur itu juga membabitkan litar tunggal 33kV konduktor bersalut dari Batang Sadong ke Pangkalan Feri Sebuyau.

Sarawak Energy juga akan memasang litar tunggal 33kV bersalut dari Jambatan Batang Sadong ke Pekan Simunjan.

Litar tunggal 33kV bersalut juga akan dipasang dari Pekan Simunjan ke Gedong.

Kos itu turut merangkumi menaik taraf alat ubah dan perkakasan elektrik (VT/VR ).

Sebuah substesen akan dibina di Sebuyau.

Sebagai langkah jangka pendek mengenai gangguan bekalan elektrik, beliau berkata Sarawak Energy dengan kerjasama pejabat daerah dan ketua masyarakat telah diminta untuk mengenal pasti kawasan itu.

“Antaranya ialah pokok yang perlu dibersihkan di sekitar talian elektrik dari semasa ke semasa. Kegiatan merosak dan mencuri kabel elektrik juga dipantau setiap masa,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan