Search
Close this search box.
Datuk Dr Abdul Rahman Ismail bersama tetamu lain menyertai acara miring pada Majlis Makan Malam Rumah Terbuka Gawai Dayak Sempena Pesta Medamit 2024 di Dewan Terbuka, Nanga Medamit, malam tadi. . Foto TVS

Projek SSLR beri manfaat penduduk Medamit, sedia akses jalan raya

LIMBANG, 1 Julai: Projek pembinaan Rangkaian Jalan Raya Sarawak Sabah (SSLR) menghubungkan Miri, Limbang, Lawas dan Sabah tanpa melalui negara Brunei bakal memberi manfaat besar kepada penduduk luar bandar.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata projek mega yang kini rancak dibina juga akan menambahkan lagi landskap ekonomi penduduk di kawasan Medamit.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota itu menambah untuk Limbang, projek SSLR merangkumi beberapa fasa menghubungkan Pekan Medamit ke Rumah Thaddeus, Pulau Brunei dan ke daerah Lawas.

“Projek SSLR yang menghubungkan Lawas, Limbang, Miri dan Sabah sedang rancak dilaksanakan pada masa ini dan ia juga meliputi kawasan di Medamit.

“Projek SSLR di kawasan Medamit merangkumi beberapa fasa iaitu jalan dari Pekan Medamit ke Rumah Thaddeus, Pulau Brunei dan seterusnya ke Lawas yang ini sedang rancak dilaksanakan,” katanya berucap pada Majlis Makan Malam RumahTerbuka Gawai Dayak Sempena Pesta Medamit 2024 di Dewan Terbuka, Nanga Medamit malam tadi.

Jelasnya projek jalan raya dari Pekan Medamit ke Rumah Thaddeus masih dalam perbincangan sukatan jalan dan akan menjadi realiti pada sedikit masa nanti.

Selain itu kata beliau projek jambatan yang menghubungkan Pekan Medamit ke laluan SSLR masih dalam proses tender dan apabila jambatan ini siap akan memudahkan penduduk kawasan Medamit untuk ke seberang sungai tanpa menggunakan perahu pada masa akan datang.

Dr Abdul Rahman menambah projek lain yang kini dinikmati penduduk di kawasan Medamit adalah projek Anjung Usahawan yang telah siap sepenuhnya dan masih menunggu untuk penyerahan dan perasmian.

Selain itu katanya Tebingan Sungai Medamit Medamit yang sudah siap dan menjadi venuer utama perlumbaan bot laju sempena Pesta Medamit kini masih menunggu penyambungan bekalan elektrik.

Landskap baharu ini jelasnya bakal menjadikan pekan Medamit lebih meriah dengan penganjuran sukan air dan menjadi salah satu simbolik pembangunan di luar bandar. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan