Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Foto Fiqri Razak (TVS)

Projek naik taraf Jalan Jiwa Murni akan dibincang bersama Menteri Kerja Raya – Zahid

ByAkma Salleh

BELAGA, 1 Julai: Projek naik taraf Jalan Jiwa Murni yang rosak akibat lori balak, akan dibincangkan bersama Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu akan dibincangkan pada Mesyuarat Kabinet yang diadakan Jumaat ini.

“Program Jiwa Murni telah dimulakan oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, dan ketika saya ambil alih, saya terus sambung jalan ini untuk dinaik taraf.

“Oleh demikian, Jumaat ini pada Mesyuarat Kabinet saya sendiri akan beritahu Datuk Alexander, naik taraf semua Jalan Jiwa Murni dan teruskan ia yang lebih dari 100 kilometer,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Bekalan Solar Hibrid dan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Brain Mering, Punan Ba, di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak Kumbong, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Liwan Lagang, dan Ahli Dewan Negara, Michael Mujah Lihan.

Dalam majlis sama, Zahid turut mengumumkan RM15 juta untuk pembinaan ‘Bailey Bridge’ di Punan Ba.

“Begitu juga tentang jambatan menyeberangi Punan Ba sebanyak RM15 juta, memandangkan saya adalah Pengerusi NADMA untuk tindakan awal saya akan gunakan peruntukan untuk membina ‘Bailey Bridge’ dahulu,” jelas Zahid.

Terdahulu dalam ucapan Ahli Parlimen Hulu Rajang, Datuk Wilson Ugak Kumbong, beliau memberitahu jambatan sedia ada untuk menyeberangi Punan Ba ketika ini adalah jambatan gantung dan jambatan itu digunakan untuk menghantar anak-anak masyarakat Punan Ba ke sekolah.

Menyentuh mengenai perkara lain pula, Zahid berkata, pembinaan jalan dari Punan Ba ke Simpang Samling sejauh 20 kilometer (km) akan diteliti.

“Sehubungan itu mengenai permohonan diesel bagi kegunaan bot ekspres dari Kapit ke Belaga saya akan berbincang dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. Mudahan-mudahan kedua-dua mereka akan meluluskan demi kepentingan rakyat di kawasan ini,” katanya lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan