Search
Close this search box.
Presiden Indonesia Joko Widodo melawat Presiden Terpilih Prabowo Subianto yang juga Menteri Pertahanan sekarang, yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Pusat Pertahanan Negara di Jakarta Selatan pada Ahad malam. Foto Presiden Joko Widodo (FB)

Presiden Jokowi ziarah Prabowo di hospital

ByBernama

JAKARTA, 1 Julai: Presiden Indonesia Joko Widodo melawat Presiden Terpilih Prabowo Subianto yang juga Menteri Pertahanan sekarang, yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Pusat Pertahanan Negara di Jakarta Selatan pada Ahad malam.

Menerusi perkongsian di media sosial, Joko Widodo yang juga dikenali sebagai Jokowi menyeru seluruh rakyat mendoakan proses pemulihan Prabowo pascaprosedur pembedahan besar pada minggu lepas lancar.

“Insya-Allah agar semakin bersedia untuk menjalankan tugas berkhidmat kepada rakyat Indonesia,” kata Jokowi dalam catatan beliau.

Prabowo, yang merupakan Presiden Terpilih tempoh 2024-2029, menjalani pembedahan untuk pemulihan kecederaan yang dialami ketika bertugas dalam dunia ketenteraan sebelum ini.

“Saya mengalami dua kemalangan payung terjun semasa berkhidmat dalam Tentera Nasional Indonesia pada tahun 80-an di kaki kiri saya,” tulis Prabowo di media sosial.

Prabowo berterima kasih kepada pasukan perubatan hospital yang berjaya menjalankan prosedur perubatan dan Jokowi serta rakyat atas sokongan moral serta doa.

“Insya-Allah dengan kesihatan yang baik di masa hadapan, saya akan lebih bersedia untuk berkhidmat dan berbakti kepada negara dan rakyat Indonesia,” tambahnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan