Search
Close this search box.
Gambar hiasan Foto: Envato

Pesara lesap RM216,000 terpedaya sindiket penipuan ‘phone scam’

KUCHING, 1 Julai: Seorang pesara berusia 60-an di daerah Padawan kerugian sebanyak RM216,000 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan menerusi panggilan telefon.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato’ Mancha Ata berkata, mangsa yang membuat laporan polis berhubung kes itu semalam, menyatakan telah menerima panggilan daripada nombor telefon yang tidak dikenali dan memperkenalkan diri sebagai Umi Hani dari DHL Melaka.

“Suspek mengatakan mangsa ada menghantar satu bungkusan (parcel) mengandungi satu buku cek dan token dari Melaka ke Kedah, suspek turut mengatakan bungkusan tersebut telah dihantar kepada pihak polis untuk siasatan dan mangsa perlu membuat laporan polis atas talian sebagai penafian.

“Selepas itu, panggilan telefon telah disambungkan ke Bukit Aman dan mangsa bercakap dengan suspek yang menyamar sebagai Inspektor Lai, memberitahu nama mangsa ada terlibat dengan kes jenayah pengubahan wang haram,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, suspek juga memberitahu boleh membantu mangsa untuk menyiasat kes tersebut dan kes akan dirujuk kepada pihak atasan yang dikendalikan oleh Datuk Ling, iaitu Pegawai Penyiasat Kanan.

“Suspek telah mengarahkan mangsa supaya mengeluarkan kesemua wang simpanan persaraan mangsa yang ada untuk dipindahkan ke dalam beberapa pemilik akaun bank berbeza bagi tujuan siasatan pihak polis.

‘Mangsa yang dalam keadaan panik, dari pertengahan bulan Jun 2024 hingga penghujung bulan Jun 2024 telah memindahkan wang sebanyak lapan transaksi ke lima akaun bank suspek yang berbeza,” ujarnya.

Beliau berkata, setelah mangsa membuat pemindahan wang tersebut, mangsa menyedari yang dirinya telah ditipu apabila suspek masih menghubungi mangsa serta mengarahkan mangsa merahsiakan perkara ini dari sesiapa sahaja dan mangsa juga dikehendaki melaporkan diri setiap masa kepada suspek.

“Pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak mudah panik atau cemas dan takut dengan sebarang dakwaan yang dibuat ke atas diri mereka jika tidak melakukan apa-apa kesalahan. Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak memberikan maklumat perbankan kepada individu atau mana-mana pihak yang tidak dikenali.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” tegasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan