Search
Close this search box.
Kementerian Kerja Raya (KKR) hari ini secara rasmi menyerahkan bangunan tambahan bernilai RM289.2 juta Hospital Miri kepada Kementerian Kesihatan (KKM). Foto KKR

Penambahan kapasiti Hospital Miri manfaatkan penduduk Miri dan utara Sarawak – KKR

ByBernama

KUCHING, 1 Julai: Kementerian Kerja Raya (KKR) hari ini secara rasmi menyerahkan bangunan tambahan bernilai RM289.2 juta Hospital Miri kepada Kementerian Kesihatan (KKM).

KKR dalam kenyataan berkata inisiatif meningkatkan kapasiti serta keupayaan Hospital Miri akan membantu kerajaan menampung keperluan perubatan yang semakin mendesak bagi penduduk di kawasan berkenaan dan utara Sarawak.

Kementerian itu berkata Majlis penyerahan Projek Pembinaan Bangunan Tambahan Hospital Miri kepada KKM selaku pemilik projek hari ini disaksikan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni serta pengurusan tertinggi dari kedua-dua kementerian.

KKR berkata sijil perakuan siap kerja (CPC) bagi bangunan tambahan itu telah dikeluarkan pada 28 April lepas, dengan peningkatan kapasiti serta keupayaan bagi hospital itu meliputi penambahan bilangan katil, kepakaran perubatan dan juga perkhidmatan sokongan.

Projek bangunan tambahan itu direka bentuk dengan kapasiti dan keupayaan, antaranya 328 katil melibatkan pelbagai wad, 900 tempat letak kenderaan, 300 tempat letak motosikal dan lain-lain kemudahan berkaitan.

“Dengan penyerahan bangunan tambahan hari ini, ia akan membolehkan pihak KKM dan Hospital Miri menempatkan dan melakukan pengujian semua peralatan perubatan yang diperlukan sebelum memulakan operasi secara rasmi, yang akan dimaklumkan oleh pihak Hospital Miri kelak,” menurut KKR.  -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan