Search
Close this search box.
Insentif Pengeluaran Getah (IPG) pekebun kecil telah diaktifkan untuk Sarawak mulai 1 hingga 31 Julai 2024, berdasarkan pengeluaran getah pada Jun 2024. Foto Envato

Pekebun kecil getah Sarawak dapat bayaran IPG bagi pengeluaran Jun 2024

ByBernama

KUALA LUMPUR, 1 Julai: Insentif Pengeluaran Getah (IPG) pekebun kecil telah diaktifkan untuk Sarawak mulai 1 hingga 31 Julai 2024, berdasarkan pengeluaran getah pada Jun 2024.

Lembaga Getah Malaysia (LGM) melalui satu kenyataan berkata harga purata ladang bagi ‘cuplump’ telah mencecah RM2.95 sekilogram untuk Sarawak.

Kadar IPG ialah 5.0 sen sekilogram untuk 50 peratus kandungan getah kering (KGK) dan 10 sen sekilogram bagi 100 peratus KGK.

IPG akan diaktifkan jika harga purata bulan peringkat ladang untuk ‘cuplump’’ berada pada RM3.00 sekilogram atau ke bawah.

LGM berkata IPG untuk lateks akan diaktifkan apabila IPG ‘cuplump’ diaktifkan, sambil menambah bahawa bagi lateks dengan 100 peratus KGK, kadar IPG ditetapkan adalah pada 90 sen sekilogram.

Tiada bayaran IPG untuk pekebun kecil di Semenanjung Malaysia dan Sabah.

Bulan lepas, purata harga peringkat ladang untuk ‘cuplump’ bagi Semenanjung Malaysia ialah RM3.55 sekilogram dan Sabah pada RM3.10 sekilogram. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan