Search
Close this search box.
Datuk Seri Fadillah Yusof menyempurnakan Peluncuran Koperasi Gabungan Pemandu-Pemandu Ahli Parlimen Malaysia (GPMP) Berhad di Dewan Serbaguna, Kompleks Parlimen Malaysia hari ini.Foto, Bernama.

Parlimen: TPM Fadillah rasmikan pelancaran Koperasi GPMP

BySalasiah Safian

KUALA LUMPUR, 1 Julai: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof merasmikan Majlis Peluncuran Koperasi Gabungan Pemandu-Pemandu Ahli Parlimen Malaysia (GPMP) Berhad hari ini.

Menurut Suruhanjaya Koperasi Malaysia, penubuhan koperasi berkenaan menyasarkan 300 orang ahli aktif Persatuan Gabungan Pemandu-Pemandu Ahli Parlimen Malaysia yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Penubuhan (ROS).

Ujar SKM, Koperasi GPMP menetapkan lapan jenis aktiviti perkhidmatan sebagai aktiviti utama koperasi termasuk khidmat sewa kenderaan dan pembekalan makanan dan minuman.

“Koperasi digalakkan untuk merebut peluang inisiatif kemudahan pembiayaan Start up Financing (SuFi-1) yang disediakan oleh SKM di bawah Tabung Modal Pusingan (TMP).

“Produk SuFi-1 merupakan inisiatif kepada koperasi yang ditubuhkan di bawah 18 bulan dengan pembiayaan sehingga RM100 Ribu dengan kadar keuntungan serendah satu peratus,” jelas SKM menerusi kenyataan media sempena majlis berkenaan.

Suntikan dana berkenaan difahamkan juga boleh dipohon oleh koperasi baharu yang memulakan aktiviti perniagaan dalam menyokong ekosistem pembangunan perniagaan koperasi secara kondusif dan mampan.

Turut hadir, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri dan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ramanan Ramakrishnan. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan