Search
Close this search box.
Datuk Seri Nancy Shukri bercakap kepada TVS di pejabatnya di Parlimen hari ini. Foto, TVS.

Parlimen: Nancy kesal tindakan sebar gambar didakwa proses bedah siasat Zayn Rayyan

BySalasiah Safian

KUALA LUMPUR, 1 Julai: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri meluahkan rasa kesal berhubung tindakan pihak tertentu menularkan gambar didakwa proses bedah siasat Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Menurut Nancy, tindakan itu akan merumitkan keadaan selain boleh menjejaskan proses siasatan.

“Ya, kita terkilan dengan penyebaran gambar berkenaan kerana ia melibatkan kanak-kanak, (kes ini) begitu sensitif dan masih dalam siasatan.

“Ketika ini adik Allahyarham masih dalam jagaan kami (Jabatan Kebajikan Masyarakat),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui TVS di pejabatnya di Parlimen di sini hari ini.

Semalam, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan pihaknya sedang mengesan individu yang didakwa terbabit dalam penyebaran gambar didakwa bahan bukti kes itu.

Semalam, saluran Telegram Edisi Siasat berkongsi beberapa gambar yang menunjukkan anggota badan seperti lengan dan telinga yang mendakwa diambil ketika proses bedah siasat mayat kanak-kanak autisme itu yang ditemukan meninggal dunia pada Disember lepas.

Mengulas lanjut, Nancy meminta orang ramai tidak sebarangan menularkan gambar berkaitan kanak – kanak.

“Jadi kita harap kepada mereka yang mempunyai maklumat, salurlah kepada agensi kerajaan yang tertentu seperti polis malah boleh juga kepada kami (kementerian),” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan