Search
Close this search box.
Adline Teo, Ani Mustapa dan Mardiana Dickson bergambar selepas pertandingan akhir Miss Stellar World Malaysia Borneo 2024 Finale di Kuching pada Ahad. Foto TVS

Menjalin persahabatan menerusi pertandingan ratu cantik

KUCHING, 1 Julai: Pertandingan Miss Stellar World Malaysia Borneo 2024 memberi peluang kepada para peserta menjalinkan hubungan baik antara mereka yang terbabit dalam bidang ratu cantik.

Juara kategori Ms Elite Stellar World Malaysia Borneo 2024 Ani Mustapa berkata, pengalaman pertama mengikuti pertandingan ratu cantik telah memperkenalkan dirinya kepada sahabat baharu yang sudah dianggap seperti keluarga.

Menurutnya, Pengarah Peringkat Kebangsaan Miss Stellar World Malaysia Sherlyn Chan Seet Leng dan Penganjur Miss Stellar World Malaysia Borneo 2024, Kimi Tomas menjadi tonggak penting yang banyak memberi nasihat dan tunjuk kepada dirinya untuk meraih kejayaan dalam bidang ini.

“Kimi banyak membantu saya memberi saya banyak nasihat serta tunjuk ajar dan jika bukan kerana dia termasuk Sherlyn, saya mungkin tidak akan ada di sini dan memenangi pertandingan ini untuk kategori Ms elite,” katanya ditemui selepas pertandingan akhir Miss Stellar World Malaysia Borneo 2024 Finale di sini, semalam.

Sementara itu, Juara Kategori Miss Stellar World Malaysia Borneo 2024 Adline Teo meluahkan rasa bersyukur kerana tidak menyangka akhirnya mampu meraih kemenangan setelah mencuba empat kali dalam pertandingan ratu cantik lain.

Jelasnya, dia hanya memberikan yang terbaik dalam pertandingan ini berbekalkan persediaan selama tiga bulan dan berharap dapat meraih prestasi yang sama dalam pertandingan Miss Stellar World Malaysia yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 3 Ogos 2024.

“Saya sangat gembira tidak pernah menjangka akan dapat kejuaraan ini setelah persediaan yang panjang selama tiga bulan lamanya dan saya merasakan sudah melakukan yang terbaik tetapi tidak pernah menjangka saya boleh menang,” katanya.

Dalam pada itu, Juara Kategori Ms Stellar World Malaysia Borneo 2024 Mardiana Dickson berharap penampilan serta kejayaannya bakal membakar semangat peserta lain khususnya bagi mereka yang berhijab untuk mengikuti jejak langkahnya bertanding.

Ujarnya, tidak ada yang mustahil atau terlambat bagi setiap wanita yang berhijab mahupun kaum ibu untuk menceburi serta meraih kejayaan dalam bidang ratu cantik seperti yang dikecapinya.

“Ya jelas kerana saya ingin wanita berhijab seperti saya tahu bahawa tidak ada istilah mustahil atau terlambat untuk terlibat dalam pertandingan seperti ini.

“Saya berharap kejayaan ini mampu memperkasakan lebih ramai wanita seperti orang berhijab dan juga kaum ibu kerana anda tidak tahu ketika anda mencuba dan kemudian anda mungkin akan menang boleh memperkasakan orang lain juga. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan