Search
Close this search box.
Situasi banjir di Sabah semakin buruk apabila jumlah mangsa meningkat kepada 328 orang daripada 105 keluarga yang ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di beberapa kawasan, setakat 4 petang ini. Foto abatan Air Negeri Sabah (FB)

Mangsa banjir di Sabah terus meningkat, dua lagi PPS dibuka

ByBernama

KOTA KINABALU, 1 Julai: Situasi banjir di Sabah semakin buruk apabila jumlah mangsa meningkat kepada 328 orang daripada 105 keluarga yang ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di beberapa kawasan, setakat 4 petang ini.

Pagi tadi, sebanyak 114 mangsa banjir daripada 42 keluarga direkodkan di dua PPS di Penampang dan Putatan.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan dua lagi PPS diaktifkan di Tuaran dan Tamparuli berikutan hujan berterusan melanda beberapa daerah di bahagian pantai barat negeri itu sejak semalam.

Sebanyak 29 mangsa daripada lapan keluarga dipindahkan ke PPS Dewan Balai Raya Kampung Tutu Selupoh, Tuaran, manakala 18 orang daripada lima keluarga pula ditempatkan di PPS Dewan Balai Raya Kampung Bontoi, dekat Tamparuli.

“Hujan yang berlaku di Tuaran sejak semalam menyebabkan beberapa kawasan di sekitar dilanda banjir dan penduduk dipindahkan ke dua pusat transit.

“Namun, akibat peningkatan paras air yang masih tinggi menyebabkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah memutuskan membuat pengisytiharan pengaktifan PPS di kedua-dua daerah berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, jumlah mangsa di Penampang turut menyaksikan peningkatan dengan sejumlah 165 mangsa daripada 67 keluarga berlindung di PPS Dewan Kebudayaan Penampang berbanding 112 orang daripada 40 keluarga pagi tadi.

Situasi sama turut berlaku di Putatan apabila 116 mangsa daripada 25 keluarga kini ditempatkan di PPS Dewan Sri Putatan, peningkatan ketara berbanding hanya dua mangsa daripada dua keluarga pagi tadi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan