Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi menerima kunjungan hormat daripada Datuk Misnu Taha dan rombongan di Astana Negeri Sarawak, hari ini. Foto TVS

Manfaatkan media sosial sebagai wadah pengukuhan ukhwah

KUCHING, 1 Julai: Umat Islam wajar memanfaatkan media sosial sebagai wadah pengukuhan ukhwah menjelang sambutan Maal Hijrah Tahun 1446 Hijrah, demikian seru Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha.

Menurutnya, media sosial perlu dimanfaatkan secara bijak bagi memastikan maklumat yang positif serta pengisian tersirat Maal Hijrah dapat disampaikan kepada seluruh warga, terutama generasi baharu yang terdedah dengan media sosial.

“Ini merupakan satu peluang sebenarnya untuk kita, tapi satu hal yang kita kena ingatkan ialah, kita ada adab dan etika dalam menggunakan media sosial, kerana kadang-kadang bila kita salah guna, di sebaliknya kita inginkan kebaikan, kita akan nampak keburukan.

“Datuk Mufti kita pun ada juga media sosial, ustaz-ustaz kita ada dalam platform media sosial. Jadi kita gunakan platform ini untuk memaklumkan tentang apa manfaat Maal Hijrah, apakah kebaikan Maal Hijrah, apakah falsafah di sebalik Maal Hijrah untuk kita maju ke hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan kunjungan hormat JAKIM dan IKMAS ke atas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi di Astana Negeri Sarawak, hari ini.

Kunjungan hormat itu bertujuan mengundang mereka berdua bagi menjadi tetamu kehormat pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Sarawak Tahun 1146H/2024M yang akan berlangsung 6 hingga 7 Julai 2024.

Menurutnya, Masjid Jamek Negeri Sarawak turut mempunyai platform radio internetnya sendiri yang dikenali sebagai Radio Internet Islamik Sarawak (IRIS) bagi menyalurkan informasi dalam pembinaan serta pengukuhan jati diri dan nilai moral masyarakat menerusi perkongsian atau berdakwah secara dalam talian.

“Kita menyalurkan perkara-perkara berkaitan pembangunan dan nilai-nilai Islam untuk masyarakat kita di Sarawak dan ini telah kita laksanakan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan