Search
Close this search box.
Seorang lelaki berusia 42 tahun ditemukan dalam keadaaan berlumuran darah serta tidak sedarkan diri terbaring di atas jalan selepas terlibat dalam pergaduhan berhadapan dengan penginapan di kawasan Parkcity, Bintulu, malam tadi. Foto IPD BIntulu

Lelaki maut selepas terlibat pergaduhan di Bintulu, 2 suspek diberkas 5 jam selepas kejadian

BINTULU, 1 Julai: Seorang lelaki berusia 42 tahun ditemukan dalam keadaaan berlumuran darah serta tidak sedarkan diri terbaring di atas jalan selepas terlibat dalam pergaduhan berhadapan dengan penginapan di kawasan Parkcity di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Nixon Joshua Ali berkata, sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah (CID) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan berhubung kes itu jam 8 malam.

“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai mati sejurus kejadian berdasarkan kesan kecederaan pada tubuh badan mangsa.

“Mangsa ditemukan lengkap berpakaian dan tiada sebarang senjata dikesan di tempat kejadian. Turut berada di lokasi petugas ambulans,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, ekoran kejadian pihak polis telah melancarkan Ops Khas untuk mengesan suspek.

“Pencarian kira-kira hampir lima jam berjaya menahan dua lelaki tempatan dalam lingkungan usia 22 dan 27 tahun di lokasi berasingan di sekitar kawasan Bintulu pada jam 1 dan 2 pagi tadi. Tangkapan dibuat kurang tempoh 24 jam.

“Hasil soal siasat pihak polis berjaya merampas sebilah parang, dua unit telefon bimbit, satu unit span dan pakaian suspek semasa kejadian. Tiada rekod jenayah lampau dikesan ke atas kedua suspek, setakat ini kejadian tiada unsur-unsur gengsterisme,” ujarnya.

Beliau berkata, kedua-dua suspek telah dipohon reman di Mahkamah Sesyen Bintulu hari ini dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan untuk membantu siasatan.

“Jika disabit kesalahan boleh membawa hukuman mati. Kedua-dua suspek akan menjalani ujian saringan awal air kencing dalam masa terdekat. Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.,” tegasnya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil dan menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Lai Mei Ching di talian 014-8763824 dan boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Bintulu di talian 086-318304. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan