Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, Kerajaan Sarawak serius dalam menoktahkan projek sakit di Sarawak.

Kelewatan projek Jambatan Batang Saribas 2 dalam siasatan dan pemantauan – Uggah

ByIzzah Kamilah Yunus

BETONG, 1 Julai: Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan Sarawak menerusi Jabatan Kerja Raya (JKR) kini melakukan siasatan kelewatan pembinaan bagi projek Jambatan Batang Saribas 2.

Menterinya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pihaknya  kerap melakukan pemantauan bagi perkembangan pembinaan jambatan berkenaan.

“JKR Sarawak memberi mereka tempoh dua minggu untuk menyelesaikan isu ini. Sekiranya mereka boleh menyelesaikan masalah ini, maka kami akan berasa sangat gembira namun jika mereka gagal, maka kita akan mengenakan tindakan yang seterusnya.

“Kami mungkin perlu memulakan proses penamatan kontrak mengikut peraturan yang sedia ada,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, Kerajaan Sarawak amat serius dalam menoktahkan projek sakit di Sarawak dan mendedahkan bahawa Sarawak tidak mempunyai begitu banyak projek sakit seperti sebelum ini.

“JKR perlu bersikap lebih tegas dengan kontraktor untuk memastikan mereka memenuhi jadual penyelesaian projek mereka, kita mempunyai banyak projek infrastruktur baharu yang akan datang. Selain projek pembangunan biasa kita sendiri, kita juga menguruskan projek yang dibiayai Kerajaan Persekutuan.

“Tambahan pula, mereka ini juga dari sembilan agensi pembangunan serantau kita. Jadi kita boleh memandang ringan akan isu ini,” katanya lagi.

Timbalan Premier Sarawak itu berkata, penyelesaian kepada projek itu akan memberikan manfaat kepada masyarakat yang merupakan mekanisme bagi kerajaan untuk menyuntik sumber pertumbuhan ekonomi tempatan antaranya melalui pekerjaan dan peluang perniagaan.

Untuk rekod, ini merupakan kali ketiga beliau melakukan lawatan ke tapak projek jambatan itu dengan kos RM 385 juta bakal menjadi jambatan ketiga terpanjang di Sarawak sepanjang 2.39 kilometer.

Menerusi taklimat yang diberikan oleh Pengarah JKR Sarawak, Dr Cassidy Morris, projek Jambatan Batang Saribas 2 mengalami kelewatan selama 34 hari walaupun diberikan penambahan masa.

Difahamkan, kontraktor berhadapan dengan masalah kekurangan pekerja dan mesin sehingga menyebabkan beberapa kerja belum dapat dimulakan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan