Search
Close this search box.
Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dengan kewujudan akaun media sosial palsu yang menggunakan nama serta gambar Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Foto Kesultanan Pahang (FB)

Jangan terpedaya akaun media sosial palsu Tengku Hassanal – Kesultanan Pahang

ByBernama

KUANTAN, 1 Julai: Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dengan kewujudan akaun media sosial palsu yang menggunakan nama serta gambar Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kesultanan Pahang menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan Tengku Mahkota Pahang hanya mempunyai satu akaun media sosial rasmi iaitu di platform Instagram dengan menggunakan nama @this.7.

“Sebarang akaun lain termasuk di Facebook, Instagram, TikTok atau Threads yang menggunakan nama dan gambar baginda adalah palsu,” menurut hantaran itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan