Search
Close this search box.
Jambatan Shenzhen-Zhongshan, sebuah laluan mega merentasi laut di selatan China yang mempunyai dua jambatan, dua pulau buatan dan terowong bawah laut, dibuka untuk lalu lintas pada 3 petang Ahad, lapor Xinhua. Foto media sosial

Jambatan rentas laut di selatan China dibuka kepada lalu lintas

ByBernama

SHENZHEN, 1 Jul: Jambatan Shenzhen-Zhongshan, sebuah laluan mega merentasi laut di selatan China yang mempunyai dua jambatan, dua pulau buatan dan terowong bawah laut, dibuka untuk lalu lintas pada 3 petang Ahad, lapor Xinhua.

Dengan jarak sepanjang 24 kilometer (km), jambatan itu secara drastik mengurangkan masa perjalanan antara bandar Zhongshan dan hab teknologi Shenzhen, dari dua jam kepada kira-kira 30 minit.

Laluan pengangkutan baharu itu mempunyai lapan lorong yang direka untuk kelajuan sehingga 100 km sejam.

Jambatan Shenzhen-Zhongshan adalah satu lagi projek pengangkutan berskala besar di Kawasan Greater Bay Guangdong-Hong Kong-Macao (GBA), selepas Jambatan Hong Kong-Zhuhai-Macao, yang terletak kira-kira 31 km di selatan infrastruktur baharu itu.

“Pembukaannya akan membentuk semula susun atur rangkaian jalan Muara Sungai Mutiara, memberi impak besar kepada pembangunan ekonomi dan sosial GBA,” kata ketua jabatan pengangkutan wilayah Guangdong, Lin Feiming.

GBA yang merangkumi Hong Kong, Macao dan sembilan bandar di Guangdong, meliputi 56,000 kilometer persegi. Kawasan ini mencapai jumlah keluaran ekonomi melebihi 14 trilion yuan (US$1.96 trilion) pada tahun 2023. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan