Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi menerima kunjungan hormat rombongan JAKIM dan IKMAS diketuai Datin Paduka Hakimah Yusoff di Astana Negeri Sarawak, hari ini. Foto TVS

JAKIM sedia bantu kukuhkan jati diri pelajar

KUCHING, 1 Julai: Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (JAKIM) dan Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) sedia bekerjasama dengan institusi-institusi pendidikan dalam melahirkan pelajar yang memiliki jati diri serta akhlak terpuji.

Ketua Pengarah JAKIM, Datin Paduka Hakimah Mohd Yusoff berkata, ketersediaan itu bagi menyahut amanah yang disarankan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika kunjungan hormat di Astana Negeri Sarawak, hari ini.

“Tun (semasa kunjungan hormat) banyak bercerita mengenai pengalaman beliau dan hasrat bagaimana IKMAS dan juga institusi pendidikan yang lain boleh memberi penekanan terhadap aspek pendidikan nilai kepada dan juga modal insan.

“Membentuk nilai dan jati diri sebagai seorang Islam sebenar adalah suatu yang penting juga diberi perhatian,” katanya ketika ditemui selepas kunjungan hormat JAKIM dan IKMAS ke atas Tun Dr Wan Junaidi serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi.

Kunjungan hormat daripada JAKIM dan IKMAS adalah untuk mengundang mereka berdua sebagai tetamu kehormat Konvokesyen Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak Ke-20 pada 12 Ogos.

Konvokesyen itu membabitkan 53 pelajar yang akan menerima Diploma Pengajian Dakwah Islamiyyah manakala 14 orang pelajar lagi bakal menerima Sijil Pengajian Islam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan